Jumaat, November 14, 2008

Tamat Sesi 2008

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi sesi 2008. Hari ini juga saya diarahkan untuk menyiapkan rangka perbelanjaan kelas prasekolah bagi sesi 2009. Pening juga merangkakan perbelanjaan. Apapun saya merancang untuk membuat sendiri kertas lembaran kerja mengikut modul yang telah saya rancang selama ini. Bagi setiap orang murid akan dibekalkan sebanyak 44 mukasurat latihan bertulis setiap minggu yang merangkumi Komponen Perkembangan Bahasa, Komponen Perkembangan Kognitif, Estetika dan Daya Kreatif serta Pendidikan Islam.

Kami guru-guru di SK Datuk Usman Awang belum boleh bercuti lagi kerana sepanjang minggu hadapan pihak sekolah akan mengadakan siri kursus dalaman bagi guru-guru bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Lokasi adalah di Makmal Komputer sekolah. Saya ditugaskan untuk menyampaikan ceramah berkaitan blog pada hari Isnin, 18 November 2008 mulai pukul 8.00 hingga 10.00 pagi.

Selepas tamat minggu pertama, pada 25 November 2008, saya akan mula menjalankan tugas sambilan di Institut Perguruan Tun Hussin Onn Batu Pahat. Pada hari Khamis, 27 November 2008, saya dan pentadbiran sekolah akan mengadakan mesyuarat bagi ibu bapa dan penjaga kanak-kanak yang akan memasuki kelas prasekolah 2009 . Manakala pada 1 hingga 3 Disember 2008 dan 22 Disember 2008, saya akan sekali lagi berada di IPTHO Batu Pahat. Cuti yang agak sibuk dengan persiapan nota kuliah, penyediaan soalan dan penandaan kertas peperiksaan bagi guru-guru yang mengikuti Kursus Dalam Cuti Prasekolah. Maklumat ini belum saya terima secara bertulis. Ianya hanya disampaikan secara lisan oleh Cik Alimah Atan yang bertindak sebagai penyelaras program KDC Prasekolah IPTHO. Oleh itu mungkin saya akan jarang mengemaskini blog ini sepanjang cuti hujung tahun ini. Kepada anda semua yang sering mengikuti blog ini, ucapan dari saya...

Tiada ulasan:

Worksheets