Ahad, November 23, 2008

Peralatan dan sumber

Alat-alat dan bahan-bahan amat penting dalam sesebuah program pendidikan prasekolah kerana ia memberikan arah untuk pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat pembelajaran boleh membantu memperkembangkan perkembangan kanak-kanak sama ada dalam aspek fizikal, mental, sosial, emosi ataupun keharmonian. Peralatan boleh meliputi perabot-perabot seperti kerusi, meja, almari dan rak buku serta bahan-bahan yang digunakan dalam pembelajaran seperti pensil, buku, pembaris, gam dan juga dan bantu mengajar yang guru gunakan.


Sebagai penganjur sebuah tadika seseorang itu perlu mempunyai kemahiran memilih peralatan dan bahan-bahan untuk digunakan di tadika. Bahan-bahan yang dianggap berkualiti dipandang menarik, sedap disentuh atau dipegang serta teguh. Bahan-bahan perlu juga memenuhi keperluan dan minat kanak-kanak. Keselamatan alat-alat tersebut perlu difikirkan kerana kanak-kanak berinteraksi dengan alat-alat sebagaimana juga mereka berinteraksi dengan guru-guru dan rakan sebaya. Oleh itu, bahan-bahan pembelajaran perlu juga selamat digunakan, iaitu ia tidak bertoksid, bersih dan memiliki tarikan deria seperti warna, tekstur dan bau yang menarik.

Kelengkapan-kelengkapan di tadika perlu menyokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Berbanding dengan plastik dan besi (metal), adalah lebih baik menggunakan perabot dan kelengkapan daripada kayu atau fiber glass. Bangku-bangku dan kerusi perlu sesuai dengan saiz kanak-kanak. Meja yang terlalu besar dan memuatkan ramai kanak-kanak tidak menggalakkan pembelajaran.

Kebanyakannya tadika mempunyai almari dan rak-rak buku yang boleh menyimpan buku-buku dan barang-barang kanak-kanak seperti pensel, kasut, beg, buku dan lain-lain.




Tiada ulasan:

Worksheets