Ahad, November 30, 2008

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

Pusat pendidikan awal kanak-kanak ditubuhkan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua pusat pendidikan awal kanak-kanak mesti akur dengan segala pekeliling yang dikeluarkan dari masa ke semasa untuk menjamin kepatuhan dan keberkesanan perjalanan pendidikan prasekolah. Pusat pendidikan awal kanak-kanak mestilah mematuhi perkara-perkara berikut;

A PEMILIHAN KANAK-KANAK
1. Kanak-kanak yang berumur di antara 4-6 tahun layak untuk belajar di pusat pendidikan awal kanak-kanak.
2 Keutamaan pemilihan hendaklah diberikan kepada ibu bapa atau penjaganya yang berpendapatan sebanyak RM400.00 ke bawah dan diikuti dengan pendapatan di antara RM401.00 hingga RM800.00 jika masih ada tempat. Kanak-kanak yang ibu bapanya berpendapatan sebanyak RM1000.00 ke atas boleh juga diterima atas alas an tanggungjawab (keramaian anak).
3. Pemilihan kanak-kanak untuk ditempatkan di pusat pendidikan awal kanak-kanak ditentukan oleh jawatankuasa yang dianggotai oleh Guru Besar, Penolong Kanan dan guru prasekolah.
4. Bilangan kanak-kanak di pusat pendidikan awal kanak-kanak antara 10-25 orang.

B. SEMASA DI PRASEKOLAH
1. Waktu belajar tidak melebihi 31/2 jam.
2. Pakaian seragam tidak tetapkan terpulang kepada sekolah masing-masing.
3. Makanan hendaklah disediakan di sekolah atas kadar RM1.50 sehari setiap murid. Tuntutan hendaklah sekali setahun sebagaimana telah ditetapkan.
4. Bantuan per kapita kan diberikan pada kadar RM100.00 bagi setiap kanak-kanak.
5. Tiada dikenakan yuran sekolah tetapi pihak sekolah boleh menetapkannya.
6. Pembantu guru prasekolah akan ditempatkan di setiap pusat pendidikan awal kanak-kanak.
7. Kelas pendidikan awal kanak-kanak hendaklah dikendalikan oleh guru opsyen prasekolah.

C. KEMUDAHAN DI PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
1. Kemudahan yang disediakan termasuk alat permainan di luar bilik darjah dijaga, dibaiki jika rosak dan digunakan dengan rapi. Alat permainan luar yang rosak hendaklah dibaiki dengan segera.
2. Keselamatan murid hendaklah diambil perhatian dengan serius.
3. Kawasan dan tempat, alat permainan luar bilik darjah sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat.
4. Menyediakan alatan/permainan yang perlu dan mencukupi seperti bahan
pengajaran, bantal, apron, berus gigi dan ubat gigi.
5. Menyusun atur bilik darjah seperti yang dikehendaki.
6. Mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa dan penjagan sebelum bermulanya sesi persekolahan.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!

Worksheets