Ahad, November 30, 2008

Organisasi Pengurusan

Pengelolaan prasekolah ialah salah satu daripada enam peranan penting pengurusan sekolah selain daripada perancangan, penyelarasan, perhubungan, penyeliaan dan penilaian. Pengelolaan adalah pengaturan, penyusunan dan perlaksanaan perancangan yang dibuat dan melibatkan pengembelengan semua elemen yang ada di sesebuah pusat prasekolah yang terdiri daripada manusia ( guru, pelajar dan staf sokongan ), material ( bangunan, kawasan, kewangan dan peralatan )

Menurut Hoy dan Miskel ( Hoy dan Miskel, 2001:288) pengelolaan sekolah yang berkesan adalah aspek paling asas dalam pengurusan sekolah. Aspek-aspek yang akan dikelolakan ialah akauntabiliti, pencapaian akademik, piawaian hasil kerja, skor ujian, aktiviti pembelajaran dan
pengajaran, kadar keciciran pelajar, kepuasan bekerja dan budaya pembelajaran produktif. Aspek ini sentiasa berubah mengikut keperluan semasa dan situasi kerana setiap sekolah mencapai keberkesanan dalam pengurusan sekolah dengan kadar yang berbeza. Lantaran itu satu model organisasi berasaskan garis panduan perlu diwujudkan bagi mengukur dan menandai aras keberkesanan pengelolaan sekolah serta cara-cara untuk
mempertingkatkan keberkesanan tersebut.

Dalam pada itu Hopskin dan Leask ( Preedy, Glatter dan Levacic, 1997) turut menyatakan penanda aras pencapaian dalam erti kata ” pengelolaan sekolah yang berkesan ” amat perlu dalam mengelola program dan aktiviti untuk menentukan matlamat dan objektif. Bagi sesetengah penanda aras pernyataan ringkas sudah mencukupi namun demikian terdapat juga penanda aras yang memerlukan perincian spesifik dan merujuk maklumat tambahan yang melibatkan pengukuran kualiti dan komitmen dalam bahagian-bahagian tertentu.

Oleh yang demikian, pembentukan penanda aras berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Berdasarkan pernyataan Cameron, ( Hoy an Miskel, 2001) jelas menunjukkan bagi mewujudkan dan membina penanda aras yang sistematik dan standard. Penanda aras ini dibina berdasarkan program dan aktiviti yang akan dijalankan.

Menurut Eric A Hanushek, pengelolaan sekolah menjadi tidak efektif kerana tidak wujud sebarang pertalian yang konsisten antara variasi-variasi yang terdapat dalam sumber sekolah dengan pencapaian pelajar. Hal ini merangkumi nisbah antara guru dengan murid, kelayakan guru, pengalaman, gaji, perbelanjaan perkapita, input pentadbiran dan kemudahan fizikal. Ibrahim Mamat ( Ibrahim Mamat, 2001 : 167 ) juga menyatakan dalam mewujudkan pengelolaan sekolah yang berkesan, kita
hendaklah mengenal pasti enam bidang pengurusan sekolah iaitu
1. Pentadbiran am
2. Pengurusan kurikulum
3. Pengurusan guru
4. Pelaksanaan kurikulum
5. Pelaksanaan kokurikulum
6. Penyeliaan

Walau bagaimana pun struktur-struktur organisasi setiap agensi adalah berbeza dari aspek-aspek matlamat, objektif dan pelaksanaan sesebuah organisasi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih byk2..penulisan pd tarikh byk membantu sy dalam menambah bahan sokongan dalam asemen sy..dengan adanya sokongan dpd tokoh, lagi membantu..hehe

Worksheets