Saya suka blog ini

Ahad, November 30, 2008

Kewangan

Kewangan adalah satu bahan pengantaraan dan ditukar ketika membeli sumber yang diperlukan untuk membangun pusat pendidikan awal kanak-kanak. Untuk menukarkan idea menjadi tindakan yang akhir yang terbina pusat pendidikan awal kanak-kanak, beberapa jenis sumber perlu digabungkan dengan betul. Sumber adalah pasif sehingga idea manusia dan tenaga manusia menggerakkannya dan
digunakan untuk mencapai matlamat mereka.

Empat kategori sumber yang diperlukan untuk membina sebuah pusat pendidikan kanak-kanak, berdasarkan formula MESH.
a. M (material)
- Untuk ‘bahan’ yang digunakan di pusat tersebut.

b. E (equipment)
- Untuk ‘peralatan’ termasuklah alat mainan, dapur, pejabat, pengangkutan dan hiasan.

c. S (space)
- Untuk ‘tempat’ (ruang) termasuklah bangunan, taman
permainan dan susunan hiasan. Termasuk juga insuran.

d. H (human)
- Untuk ’tenaga manusia’ termasuklah pengetahuan,
kemahiran dan kebolehan semua untuk membentuk dan
menyampaikan perkhidmatan. Pengendalian pusat pendidikan awal kanak-kanak memerlukan pengagihan kewangan yang bijaksana. Kealpaan dalam pengagihan
dan mengurus kewangan yang ada akan mendatangkan masalah dan menjejaskan pelaksanaan pembelajaran di pusat pendidikan ini. Oleh itu pengurusan kewangan yang baik dan teratur hendaklah dirancang dan sentiasa dikemas kini.

a Peruntukan Makanan
1. Perancangaan Peruntukan Makanan/Minuman
2. Perancangan Menu Bulanan
3. Anggaran Perbelanjaan
i. Bahan Basah
ii. Bahan Kering
4. Tuntutan Perbelanjaan Bulanan
5. Buku Tunai - Pendapatan & Perbelanjaan
6. Fail Kewangan
- Surat Tuntutan Perbelanjaan
- Baucer Bayaran (sertakan resit)

b Peruntukan Perkapita
1. Perancangan Perbelanjaan
2. Daftar Stok Bekalan Pejabat
- Barang Kekal
- Barang Hapus Kira

c. Perancangan Tahunan Perbelanjaan Peruntukan Wang Makan

Perancangan ini hendaklah disediakan sebelum penggal persekolahan bermula tiap-tiap tahun. Suatu perancangan perbelanjaan tahunan perlu disediakan bagi membolehkan pihak pengurusan prasekolah mengetahui jumlah wang yang diperlukan bagi bulan/penggal tertentu. Perancangan
tahunan ini dapat dijadikan panduan kepada pihak pengurusan prasekolah bagi mengeluarkan wang peruntukan terlebih dahulu kepada guru prasekolah,
bagi keperluan membeli bekalan makanan/minuman, untuk bulan tertentu.

Guru tidak perlu menggunakan wang peribadi terlebih dahulu untuk perbelanjaan makan/minum murid-murid. Di prasekolah Kementerian Pelajaran, makan minum murid-murid prasekolah hendaklah diuruskan dan disediakan oleh guru/pengasuh kelas prasekolah yang bertugas. Pihak
pengurusan prasekolah tidak dibenarkan sama sekali menggunakan perkhidmatan kantin/koperasi sekolah dalam pengurusan/penyediaan makan minum murid-murid prasekolah.

d. Penyata Kewangan Bulanan
Di prasekolah Kementerian Pelajaran, status penyata kewangan bagi catatan penerimaan dan perbelanjaan wang peruntukan yang diterima oleh guru /pengasuh daripada Guru Besar (sebagaimana perancangan tahunan), perlu disediakan oleh guru/pengasuh secara kemaskini tiap-tiap bulan. Penyata ini perlu disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar pada akhir bulan dan
dianggap sebagai dokumen sokongan bagi pengurusan perbelanjaan wang peruntukan prasekolah. Ianya wajar diteliti dan diperiksa oleh audit sekolah.

Penyata kewangan ini perlu disediakan di dalam suatu buku tunai khas.


0 ulasan: