Selasa, November 18, 2008

Langkah-Langkah Merancang Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Kualiti pendidikan prasekolah adalah bergantung kepada bagaimana pengurusan prasekolah itu dirancang secara keseluruhannya. Di Malaysia pendidikan prasekolah merupakan satu program di luar sistem pendidikan formal yang tidak dicapai oleh pendidikan ’statutory’. Namun demikian pendidikan prasekolah di Malaysia telah berkembang dengan pesatnya sehingga pada tahun 1995 terdapat 10,350 pusat prasekolah di seluruh negara dengan enrolmen kanak-kanak berjumlah 447,420 orang. Kesedaran
masyarakat terhadap perlunya pendidikan di peringkat awal ini menjadi titik tolak kepada perkembangan penubuhan pusat-pusat prasekolah yang menjadi seperti cendawan tumbuh sekarang. Semasa merancang penubuhan sesebuah prasekolah perkara utama yang
perlu diberi perhatian ialah :
- Menentukan matlamat & objektif
- Tinjauan kebolehbinaan
- Infrastruktur kawasan, lokasi, keluasan, ruang dan persekitaran
- Bangunan
- Kewangan
- Organisasi pengurusan
- Peraturan dan undang-undang
- Peralatan dan sumber

Tiada ulasan:

Worksheets