Saya suka blog ini

Sabtu, November 22, 2008

Classrom Loft

Apakah classroom loft?
Ia merupakan satu ruang di mana kanak-kanak akan memanjat dan membaca di atasnya. Ia seolah-olah sebuah pondok yang diletakkan di dalam kelas.



Kenapa saya minat loft?
Ramai guru yang pening kepala setiap kali memikirkan susun atur ruang pembelajaran di kelas. Tidak terkecuali saya. Apa pun saya memang berminat untuk mencari idea-idea baru setiap kali berada di rumah di hadapan komputer dan melayari internet. Saya memang suka apa yang sering saya baca dan temui seperti gambar ini. Sebenarnya saya sudah lama inginkan ruang ini diwujudkan di dalam kelas. Kalau di US harganya boleh mencapai USD4,500. Itu bagi yang sudah siap dibina. Di loft ini saya membayangkan banyak bahan boleh disimpan dan dipamer di sini. Saya boleh letakkan beanbag, anak patung, bongkah dan komputer dan bahan audio video lain. Menarik bukan?

0 ulasan: