Saya suka blog ini

Sabtu, November 22, 2008

Ruang Pembelajaran

Semasa menyediakan nota kuliah untuk pelajar saya di Institut Perguruan Tun Hussein Onn, saya terjumpa gambar ruang pembelajaran ini...

Sebelum ini saya ada membaca sebuah buku yang diperolehi semasa menuntut di Universiti Malaya dulu. Buku tersebut siap memberikan pelan ukuran yang sesuai. Ruang ini sangat baik kerana ia dapat menjimatkan ruang pembelajaran bagi kelas yang kecil. Ia boleh digunakan sebagai ruang senyap di mana kita boleh meletakkan buku-buku bacaan untuk kanak-kanak. Di ruang bawah pula boleh dipasang buaian untuk kanak-kanak bersantai sambil membaca. Saya pernah mengusulkan supaya ruang ini diwujudkan di sekolah-sekolah tapi siapalah saya... setakat punya ilmu tapi tiada kuasa!. Bagi anda yang punya peruntukan yang lebih di sekolah apa salahnya mencuba. Kalau di Barat, ianya menjadi salah satu ruang yang popular di kalangan kanak-kanak. Hanya masyarakat kita di Malaysia ini sahaja yang banyak sangat pantang larang misalnya tidak boleh memanjat takut jatuh dan segala macam larangan yang buatkan murid kita tidak yakin untuk mencuba.


Saya rimas dengan ruang pembelajaran yang terlalu sempit. Penuh dengan kerusi dan meja hingga menyukarkan laluan kanak-kanak. Ditambah pula dengan kegilaan guru yang suka menggantung segala macam alatan di dinding dan di tengah kelas sehingga dirasakan seolah-olah berada di sebuah pusat membeli belah yang menjalankan jualan mega. Pergh!!!! pening kepala budak-budak melihatnya apatah lagi bila habuk memenuhi ruang yang penuh begitu. Kalau saya yang tua ini boleh hampir pitam apatah lagi kanak-kanak yang ada di kelas tersebut.






0 ulasan: