Saya suka blog ini

Ahad, November 23, 2008

Peraturan keselamatan

Ia melibatkan perkara-perkara seperti pertolongan cemas dan langkah-langkah bagi mengelak kemalangan. Selain itu pendedahan maklumat tentang agensi-agensi yang boleh menyumbang memantapkan keselamatan dan kesihatan kanak-kanak akan dapat membantu guru-guru prasekolah untuk memahami bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah merupakan satu proses pendidikan yang didokongi oleh semua pihak.

Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan, individu akan berasa takut, bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak. Oleh itu satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada individu supaya dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas dari rasa resah, bebas dari ketakutan yang semuanya merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada manusia.

Penting bagi kanak-kanak prasekolah kerana:
1. Dapat menjalankan aktiviti dengan bebas dan rasa selesa.
2. Membantu menyuburkan nilai mengutamakan keselamatan.
3. Mengelakkan daripada kemalangan yang tidak diduga.
4. Mengelakkan daripada serangan penyakit.
5. Mengelakkan daripada kematian.

Punca kemalangan
1. Penyelenggaraan alat yang kurang kemas.
2. Sikap cuai dan buruk sangka.
3. Tidak menimbulkan kesedaran mendalam.
4. Tidak dijadikan amalan rutin di kelas.
5. Pengurusan bilik darjah yang longgar.

Langkah-langkah keselamatan prasekolah
1. Susunatur ruang pembelajaran dalam bilik darjah.
• Pembahagian ruang mestilah seimbang. Susun atur perabut hendaklah memudahkan pergerakan murid supaya ‘traffic flow’ dalam kelas berjalan lancar.
• Susun atur perabut tidak melindungi pandangan guru untuk melihat pergerakan murid.
• Pastikan peralatan yang membahayakan seperti gunting disimpan di tempat yang selamat.
• Pastikan peralatan elektrik ditutup selepas digunakan.
• Pastikan jeriji besi sentiasa ditutup.
• Pastikan lantai sentiasa kering.
• Pastikan peti pertolongan cemas sentiasa lengkap.
• Pastikan ada alat pemadam api dalam keadaan baik.
• Pelan kebakaran perlu ada dan diberi latihan kepada murid.

2. Kawasan bilik penyediaan makanan
• Peralatan yang tajam perlu disimpan di tempat yang selamat.
• Peralatan elektrik sentiasa ditutup selepas digunakan dan diletakkan di tempat yang selamat.
• Lantai dapur sentiasa kering.
• Tabung gas sentiasa dalam keadaan baik.

3. Kawasan bilik air
• Lantai bilik air dalam keadaan selamat untuk digunakan.
• Pencuci tandas disimpan di tempat yang selamat.
• Pam tandas dalam keadaan baik.

4. Kawasan luar bilik darjah
• Ruang di luar prasekolah harus dipagar.
• Permukaan longkang dan permukaan lain yang terbuka mesti ditutup.
• Tapak ruang permainan luar harus ditutup dengan ’rubber tiles’ untuk keselamatan murid jika terjatuh semasa bermain.
• Rumput mestilah dipotong pendek.
• Pastikan benda-benda yang tajam dan merbahaya tiada dalam kawasan prasekokah.
• Pastikan peralatan permainan luar dalam keadaan selamat.
• Jika ada bekas bahan kimia sama ada berbentuk cecair atau serbuk pecah misalnya termos, lampu Kalimantan, bersihkan sebersih-bersihnya
• Bahan-bahan sisa logam, paku atau kaca hendaklah dibuang jauh dari kawasan interaksi kanak-kanak prasekolah.
• Kanak-kanak hendaklah memakai pakaian yang sesuai ketika beraktiviti di padang, di bilik air dan sebagainya.
• Semasa aktiviti di padang, pastikan alat-alat sukan disusun dengan keadaan tidak merbahaya.
• Pastikan kanak-kanak tidak bermain di bawah talian elektrik atau berhampiran suis elektrik, terutama ketika hujan. Petir mudah menyambar kawasan tersebut.
• Sekiranya berlaku kebakaran, pastikan kanak-kanak dikeluarkan dari kawasan kebakaran dengan segera.
• Bunyikan loceng kecemasan sekiranya api marak dengan cepat. Hubungi bomba dan polis jika ada yang terperangkap.
• Keselamatan kanak-kanak juga dapat dipelihara daripada orang-orang yang tidak dikenali. Hubungi pihak yang lebih berkuasa di sekolah terlebih dahulu apabila ada tetamu yang tidak dikenali.

0 ulasan: