Assalamualaikum
Apatah lagi tahun depan ni cikgu prasekolah mengajar 4 jam TANPA HENTI.... nak makan pun payah.... bayangkan seorang ibu/bapa yang punya 25 orang anak yang tidak berhenti menangis atau meraung atau berkejar-kejaran di sebuah bilik besar. Mau pelempang jepun naik nanti... kalau cikgu darah tinggi mau pengsan hari tu.
Sebenarnya jangan salah faham ya... Itu baru intro je. Cuba baca kenyataan oleh Maya Cohen:
It's hard to predict how a child will handle separation on the first day of kindergarten. Some kids will cling to their mom in terror, while others will skip happily off without even a parting glance in mom's direction. If your child leans toward the former behavior, don't be alarmed. Starting kindergarten is big step for children, and the anxiety they experience is a perfectly normal part of the developmental process. Nevertheless, there are ways you can make this transition easier for your child.
Bagaimana caranya?
1. Letakkan murid dekat dengan rakan yang biasa ditemuinya misalnya rakan sebelah rumah.
2. Benarkan kanak-kanak membawa barang kesukaan mereka pada hari pertama. Anda boleh berbual dengan kanak-kanak tentang barang tersebut untuk meredakan kebimbangan mereka.
3. Benarkan ibu bapa menunggu untuk sehari kerana sukar bagi kanak-kanak untuk berpisah di hari pertama. Beransur-ansur minta ibu bapa balik bila lihat keadaan anak mereka sudah stabil.
4. Minta ibu bapa ambil anak mereka tepat pada waktu balik supaya dapat mengelakkan kanak-kanak rasa tidak selamat.
5. Sebelum sekolah bermula, anda hiaslah kelas supaya lebih ceria. Sediakan belon atau alat permainan yang mencukupi untuk setiap kanak-kanak. Kalau perlu sediakan goodies bag sebagai penarik kepada kanak-kanak. Mungkin anda boleh berikan mereka pensel yang telah diikat reben yang menarik perhatian kanak-kanak.
Perlukah kita mengajar pada hari tersebut?
Mestilah mengajar tapi bukan ABC. Kita berbual dengan kanak-kanak untuk menarik perhatian mereka. Tanya nama mereka dan perkenalkan diri kita dan PPM. (PPM tak payah sibuk-sibuk nak memasak hari pertama.. dia kena bantu kita mengawasi kanak-kanak. Kalau tak murid lari keluar kelas nanti atau cikgu yang lari balik rumah pulak... tak pun cikgu pengsan) Panggil kanak-kanak dengan nama manja mereka di rumah untuk menambah kemesraan. Alah macam orang bercinta jugalah kan...Kita boleh bercerita atau mengajak mereka menyanyi. Kalau nazir tanya kenapa tak mengajar? Tidakkah menyanyi dan melukis, bermain atau berbual itu sebahagian dari kurikulum prasekolah. Kalau dia nak marah juga, suruh dia mengajar dalam keadaan kelam-kabut tu. Jangan lupa sediakan kamera pada hari pertama untuk mendokumentasikan aktiviti pada hari tersebut. Anda rakamkan cara nazir itu mengajar pula. Mau keluar peluh jantan dia nanti. (Hehehe...mau nazir datang kat sekolah aku pulak nanti... hahaha aku dah siap dengan senjata ni... jangan risau...)
3 ulasan:
assalamualaikum - saya paling TAK setuju untuk ngajar pada hari pertama persekolahan - nazir ke - apa ke - mereka sebenarnya tau kerja cikgu BUKAN setakat ngajar je - BANYAK kerja lain lagi yang kena buat - yang perlu hanya kawalan pelajar - tambah lagi kalau kelas pra - nazir tu pun boleh jadi pengsan nak kawal budak - TAHNIAH kpd semua cikgu pra di seluruh negara! - lagi pun mengajar BUKAN hanya membaca dan menulis je - setuju ngan kak g.
waalaikumsalam
betul tu...
buatnya hari pertama ramai murid terkencing atau terberak dlm kelas hangpa nk ngajar gak ke? biar tahi kencing budak bersepah...
kesediaan murid pun nk amik kira gak weh.. kalu nazir nak mengajar pagi tu tunjuklah kita leh ikut dia...bagi teladan kat kita ni ya tak? jangan pandai nak komen dan cari silap guru je... tugas nazir bukan macam dulu lagi. entah2 nazir ni dulu lagi malas dari kita masa kat sekolah. kalau betul mereka ni hebat kat sekolah... apa kata tunjuk cara kat kita camne nak buat.
waima pegawai kat PPD / JPN pun sama. jgn pandai cakap je...suruh cikgu wat itu ini... kepimpinan melalui teladan. kita kena ingat hari ni kita buat kat org 1 hari nanti org buat kat anak cucu kita pula... ikutlah macamana kepimpinan nabi kita...
Selamat berjuang diari pertama jangan risau.....fokus..n...tunjukan kehebatan...cikgu....tanamkan sikap
L....Love to each other with your
childrens..
U...Understood what ever childrens
needs...
V...Value..all..
R...Respect parents..
S...Save..all the time..
" L U V R S "
Catat Ulasan