Rabu, Disember 23, 2009

Minggu Orientasi

Assalamualaikum
Idea mencurah-curah la pulak... Punya excited nak tolong cikgu-cikgu yang tengah pening lalat...mabuk darat ke mabuk pembawaan budak... Bagi yang dapat cd Rancangan Pengajaran Tahunan tu sila buka tema minggu orientasi dalam cd SPK 1 yang korang ode tu. Tak usah pening-pening semua dah ada. Seminggu tu korang ikut je ok. Andai nazir ke pegawai JPN ke PPD ke waima Menteri Pelajaran nak jengah kelas korang hari tu semua dah sedia. Ikut tip yang saya dah perturunkan tadi ok..

1. Siapkan goodie bag... ni macam nak rasuah budak-budak kat kelas. Jangan esoknya dia datang sekolah minta lagi... parah cikgu... Mula-mula tu cikgu cakaplah siapa yang baik hari ni cikgu nak bagi hadiah... tayang la goodie bag tu depan murid-murid... hehe sah-sah budak-budak tu senyap jap. Tapi kalau yang "majal" bak kata orang Jawa tu letak gunung ke kapalterbang ke apa dikisahnya...

2. Kalau rajin datang sekolah sehari sebelum sekolah buka... ajaklah suami ke isteri masing-masing tolong tiup dan gantung belon kat kelas. Awal sekolah tu mesti terkejut beruk budak-budak... fuyo...sambil tu bolehlah buat ibubapa impress and respect kat korang punya usaha. First impression banyak memberi faedah kat korang tau... so kelas korang the first day nampak gah. mereka pasti akan bawa pulang statement... cantiknya kelas cikgu A... bestnya ada macam-macam kat prasekolah A... pendek kata kembang la hati dibuatnya dengan usaha korang tu.

Ok... selamat berusaha... nanti akak cari bahan-bahan lain untuk tolong korang ok... adios.

Nota kaki:
Siapa nak cd tu cepatlah ya... sms akak di 0197556032 utk booking ke.. kalau bank in kat maybank 1010 7545 0308 duit lagi cepat la akak poskan... jangan lupa sms alamat korang .

Tiada ulasan:

Worksheets