Sabtu, Disember 26, 2009

Booklet

26 Dec 09, 09:33
ana: booklet tu....ada contoh x kak.g.....
26 Dec 09, 09:23
sue: tak berapa nak faham la.kak g leh terang detail lagi ke?
26 Dec 09, 09:23
sue: a'kum kak g buku penilaian yang kak g wat tu,camner ye?

Assalamualaikum

Izinkan saya menjawab soalan rakan-rakan ya...

Booklet penilaian ini saya sediakan mengikut setiap kemahiran atau standard pembelajaran yang ada terutamanya yang melibatkan penulisan misalnya SP 3.1.5 Mengenal Bentuk Huruf Kecil. Saya akan kepilkan latihan-latihan berkaitan mengenal bentuk huruf kecil dalam booklet ini. Dari mana nak dapatkan latihan-latihan ini? Saya guna bahan lembaran kerja bertema yang ada itulah. Campurkan semua tema pun tidak mengapa. Yang penting kanak-kanak dapat mengenal huruf. Di sini ada 27 huruf kecil bermakna anda mungkin kena sediakan 27 booklet ikut abjad a-z... ataupun ikut suka hati korang lah... Antara latihan yang boleh dimasukkan ialah menulis huruf titik, suaikan gambar dengan abjad awal. Kan banyak bahan tu... susah ke? Senang je la...

Bila dah siap booklet ini kan senang kerja kita. Kita boleh lihat berapa banyak SP yang kanak-kanak dah boleh kuasai. Bukti dah ada... minta tandatangan ibu bapa untuk mengesahkannya. Jadi tak boleh dakwa-dakwi. Cikgu pun senang sebab kalau ada nazir datang, cikgu boleh buka bukti-bukti itu. Senang tak? Taklah susah cikgu nak kembur semua fail yang ada. Awal tahun ni tempah peti besi fail supaya mudahkan kerja cikgu. Saya letakkan peti besi itu di depan kelas. Jadi mudah nak diambil. Kalau pelawat datang tak perlu takut atau risau. Yang penting kita dah buat kerja sepatutnya. Nak buat sorang-sorang ke kerja ni? Hai... PPM cikgu kan ada... minta mereka bantu cikgu untuk stapler bahan lepas murid balik. Jangan pula PPM tu sibuk naik ke pejabat buat kerja orang lain. Cikgu janganlah cepat marah-marah dengan PPM. Ajar mereka cara membuat kerja yang cikgu perlu. Kalau dah cara baik dia tidak juga mahu mengikutnya... marah aje lah... hehehe... amik ko...

Rasanya tu je la yang boleh saya terangkan. Faham ke tidak? Jumlah berapa helai kertas lembaran yang nak dijadikan booklet tu terpulang kat cikgu la... Lu Pikirlah Sendiri...

Tiada ulasan:

Worksheets