Saya suka blog ini

Jumaat, Disember 25, 2009

Persediaan Sesi Persekolahan

Assalamualaikum
Saya salin semula tip yang Cikgu Syikin buat kat blog dia tentang hari pertama persekolahan. Hehe.. saling salin menyalin ni... Nak buat camne kan... dah namanya kawan-kawan. Mana yang tak sempat ke blog Cikgu Syikin, saya ulang entri dia di sini. Maklumlah dah tua-tua ni ada je yang terlupa nak masukkan peringatan-peringatan tu. Khusus buat adik-adik / anak-anak yang baru nak mengajar (guru prasekolah muda-muda sebaya anak saya tu) bolehlah ambil tip ini. Ada perkataan yang saya tebal dan besarkan hurufnya untuk anda alert.

Wednesday, December 23, 2009

Info ini saya ambil dari blog kak g..ia sangat2 berguna buat kita semua pada hari pertama murid-murid pra menjejakkan kaki mereka ke kelas..

Pengurusan Murid
1. Alat permainan mencukupi untuk semua kanak-kanak untuk membuatkan mereka leka seketika agar ibu bapa boleh menyelinap keluar dari kelas. Kebiasaannya kanak-kanak akan menangis dan meraung. Jadi pastikan mereka leka seketika.

2. Bersedia dengan lagu-lagu dan cerita kanak-kanak sama ada guru bercerita sendiri atau memasang vcd yang sesuai.


3. Galakkan ibu bapa berada di luar kelas atau terus pulang selepas menghantar anak mereka. Ini untuk mengalakkan kanak-kanak mempunyai keyakinan diri untuk bersama rakan-rakan sebaya mereka.

4. Pastikan makanan yang bakal dimakan pada hari pertama mencukupi. Biasanya pembantu pengurusan murid tidak memasak pada hari pertama kerana dia perlu membantu guru mengawasi kanak-kanak yang beraneka ragam.

5. Minta ibu bapa membekalkan pakaian gantian yang bertanda nama sekiranya kanak-kanak terbuang air besar, air kecil atau muntah di kelas.


6. Sediakan marker pen untuk menulis tanda nama pada kasut kanak-kanak agar keadaan tidak menjadi kelam kabut sewaktu pulang.


7. Pastikan semua beg kanak-kanak mempunyai tanda nama agar kekecohan dapat dielakkan. Kanak-kanak biasanya akan menangis apabila beg mereka diambil oleh orang lain atau ada yang tidak mahu mengakui begnya sendiri jika beg itu serupa dengan rakan yang lain.


8. Setokin kanak-kanak mesti ditandakan supaya tidak tertukar atau mereka akan biarkan sahaja sehingga anda boleh membuat koleksi setokin busuk!.

Ini pula tips beliau pada hari pertama persekolahan..

Bagaimana caranya?

1. Letakkan murid dekat dengan rakan yang biasa ditemuinya misalnya rakan sebelah rumah.

2. Benarkan kanak-kanak membawa barang kesukaan mereka pada hari pertama. Anda boleh berbual dengan kanak-kanak tentang barang tersebut untuk meredakan kebimbangan mereka.

3. Benarkan ibu bapa menunggu untuk sehari kerana sukar bagi kanak-kanak untuk berpisah di hari pertama. Beransur-ansur minta ibu bapa balik bila lihat keadaan anak mereka sudah stabil.

4. Minta ibu bapa ambil anak mereka tepat pada waktu balik supaya dapat mengelakkan kanak-kanak rasa tidak selamat.

5. Sebelum sekolah bermula, anda hiaslah kelas supaya lebih ceria. Sediakan belon atau alat permainan yang mencukupi untuk setiap kanak-kanak. Kalau perlu sediakan goodies bag sebagai penarik kepada kanak-kanak. Mungkin anda boleh berikan mereka pensel yang telah diikat reben yang menarik perhatian kanak-kanak.

0 ulasan: