Seharian semalam menyiapkan kulit muka depan booklet penilaian bagi Tunjang Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Sains Teknologi. Ada yang tanya macamana rupanya booklet itu. Booklet tu nama glamer buku daa...
Saya menyediakan buku-buku penilaian supaya setiap akhir minggu ianya dapat ditandatangani oleh ibu bapa murid. Ia juga merupakan dokumentasi untuk melihat tahap pencapaian murid sepanjang minggu. Ia lebih mudah kerana di dalam booklet ini akan dimuatkan hasil kerja murid yang dibuat sepanjang minggu. Hanya 5 helai sahaja yang biasa saya muatkan bagi setiap booklet. Ini termasuklah kerja rumah yang murid-murid siapkan. Memandangkan saya telah menyiapkan mengikut standard pembelajaran yang ada, rasa-rasanya tahun 2010 ini tiada kemahiran yang tertinggal. Booklet ini disediakan bagi latihan yang melibatkan aktiviti penulisan sahaja. Saya akan memuatkan latihan berdasarkan kertas lembaran kerja bertema yang ada. Bagi anda yang telah memiliki cd lembaran kerja berkenaan, anda hanya perlu menukar HP yang ada kepada SP yang berkaitan. Jangan risau bahan yang anda beli 2 tahun lepas masih boleh dipakai kerana ianya tetap aktiviti yang diguna sejak dahulu lagi... Aktiviti lain mungkin akan didasarkan kepada gambar-gambar yang akan diambil.
Buat makluman rakan-rakan guru, anda kenalah sediakan kamera digital di kelas sepanjang masa. Apabila memori kamera anda penuh, simpan gambar ke dalam bentuk CD supaya mudah anda mengaksesnya. Jangan lupa untuk membuat folder bagi proses penstoran CD anda. Folder ini sangat berguna kerana ia memudahkan kerja anda mencari maklumat di masa akan datang. Folder ibarat sebuah rak yang anda susun. Cuba rujuk CD yang pernah anda dapat dari saya, mudah tak untuk mencari bahan? Mudah bukan? Kerja kita akan nampak lebih kemas dan sistematik.
Selamat bertugas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan