Khamis, Disember 24, 2009

Pos lagi... pos lagi...

Assalamualaikum
Saya sering ditanya tentang bila cd RPT diposkan setelah anda membayar wang dan ada yang bertanya bila cd itu akan sampai. Untuk menjawab soalan-soalan yang tiap hari masuk ke telefon bimbit saya, untuk makluman rakan-rakan... saya telah mengeposkan kesemua tempahan yang anda buat. Alhamdulillah setakat ini belum terlintas di hati saya untuk menipu sesiapa pun. Tentang masalah ketibaan pesanan, itu diluar bidang kuasa saya. Ia bergantung kepada perkhidmatan pos di tempat anda. Hal ini sering terjadi kepada rakan guru di Sabah dan Sarawak. Bagaimana harus saya jelaskan ya? Adakalanya saya bingung juga kerana pernah terjadi saya mengirimkan barang yang sama 1 ke Pahang dan 1 ke Mersing yang hanya 100km dari tempat saya. Kiriman ke Pahang sampai dalam masa 2 hari tetapi ke Mersing memakan masa seminggu. Memang pelik bin ajaib dengan Pos Malaysia ni. Ada sesiapa kat sini suami atau isteri kerja di pejabat pos tolong jawabkan boleh tak?
Saya sebenarnya bengang juga dengan soalan yang dikirim rakan-rakan melalui sms yang seolah-olah meragui apa yang saya lakukan. Saya sedih, kesal dan kecewa sebenarnya. Inilah yang mampu saya luahkan saat ini. Saya tidak pernah berniat untuk menipu sesiapa. Apa yang saya lakukan ini untuk kebaikan bersama dan kita saling membantu sebenarnya. Saya sangat mengharapkan anda dapat bersabar. Jika perlu saya akan memberikan nombor rujukan pos berkenaan untuk anda tanyakan sendiri di pejabat pos berhampiran. Kalau tak sampai juga saya akan menggantikan tanpa kos tambahan. Kalau cd rosak pun akan saya ganti secara percuma. Terima kasih di atas perhatian anda semua. Maaf malam ni hati saya tidak tenteram sebenarnya. Macam-macam perasaan berbaur sebenarnya. Mungkin kerana saya amat keletihan. Semoga anda semua berpuas hati dengan apa yang seadanya mampu saya berikan selama ini. Maaf kalau kata-kata saya ini menyinggung perasaan anda. Saya hanya manusia biasa.

Tiada ulasan:

Worksheets