Rabu, Disember 23, 2009

Catatan Seorang Teman

Dipetik dari blog Cikgu Fatimah Kamal:

Rabu, 2009 Disember 23
Persediaan Untuk Sesi Persekolahan 2010

Huh! leaga rasanya rpt dah siap. he.... siap hanya sampai 10 minggu aje. yang seterusnya cedok dari cd rpt yang dibeli dari cikgu Fauziah A. Rahim SKDUA. Kota Tinggi.
Cuti sekolah tinggal 10 hari aje lagi. Cuti panjang?.. Nama aje cuti panjang, bagi saya cuti kali ini memang tak ada. Hampir setiap hari saya pergi ke sekolah walaupun sekejap kecuali hujung minggu. Pagi-pagi lagi saya siap mengemas rumah, mebasuh dan masak lebih kurang jam 10.30 saya akan ke sekolah sampai jam 3 atu 4 petang. Buat apa lagi kalau tak yang berkaitan dengan KSPK. Mula-mula tu pening menyusun jadual waktu. Selesai jadual waktu pening pulak nak buat rpt. Panggil cikgu2 pra jiran buat sama2 tapi tak semua yg dapat datang. Selepas dua minggu memerah otak bersama2 akhirnya siaplah rpt kami, tapi untuk 10 minggu aje, jadilah untuk persediaan bulan2 awal persekolahan sementara menunggu rpt yang mungkin akan dibekalkan oleh juru latih. Dalam pada itu usaha jugalah dapatkan rpt dari kawan2 dari negeri lain. Alhamdulilah akhirnya dapat juga rpt lengkap dari Cikgu Fauziah, kita cuma edit dan tambah mana yang perlu.
Tinggal 10 hari ni pun masih ade kerja nak dibuat. Nak susun atur kelas dan mengemas mana yang perlu dan nak buat bahan2 bantu mengajar. Dalam cd rpt/KSPK yang disediakan oleh Cikgu Fauziah banyak betul bbm yang sangat berguna untuk kita guru2 pra,cetak ajelah. Saya pun dah oder 3 set ink refil, dan 2 kotak lameniting filem untuk buat bbm itu.. bebaloi baloi..

Posted by FATIMAH KAMAL at 01:33

Tiada ulasan:

Worksheets