Saya suka blog ini

Selasa, November 24, 2009

Kegagalan Murid Prasekolah

Assalamualaikum
Saya tersentak apabila membaca komen dari seseorang dari ruang sembang sebuah blog rakan guru berkaitan jumlah kemasukan murid ke kelas pemulihan. Dengan mudahnya orang berkenaan menyatakan bahawa penyumbang besar murid masuk ke kelas pemulihan adalah dari kelas prasekolah. Saya hairan dari mana orang itu mendapat data atau maklumat sedemikian. Teruk sangatkah guru-guru prasekolah yang ada di negara ini? Tidak mengajarkah mereka? Ataupun guru-guru kita ni tiada kualiti sebagai guru? Agaknya kurang ilmu lagi guru prasekolah ini sebab kebanyakannya guru lepasan maktab perguruan dan sedikit sangat dari universiti?

Kenapa murid prasekolah masuk ke kelas pemulihan?
Tentu anda tertanya-tanya kenapa murid prasekolah masuk ke kelas pemulihan. Kenapa tidak anda tanyakan kepada guru Tahun 6 di kelas aliran perdana ( kelas pertama ) muridnya 100%kah dapat 5A?

Kelas prasekolah ada 25 murid. Kalau setakat seorang dua yang masuk ke kelas pemulihan tu adatlah. Cuba anda kaji peratusannya. Kalau semua 25 orang masuk ke kelas pemulihan memang benarlah guru prasekolah itu makan gaji buta. Cuba kaji kenapa murid itu masuk ke kelas pemulihan. Nak tahu apa sebabnya:
1. Sikap murid - ada murid masih belum matang penguasaan kemahirannya. Ditambah pula dengan sikap suka ponteng sekolah. Baru disuruh mengeja sikit, airmata sudah bercucuran. Takkanlah guru nak merotan setiap hari murid berkenaan. Sebagai guru, kami tentu mahukan kejayaan setiap murid yang diajar.
2. Sikap ibu bapa - ada ibu bapa memang tidak ambil pusing kehadiran anak mereka ke prasekolah. Mereka ada yang beranggapan prasekolah ni sekadar makan-makan. Belajar main-main. Ada setengah ibu bapa tidak setuju kalau guru mendenda anak mereka.
3. Murid berkeperluan khas - ada ibu bapa yang sukar menerima kenyataan bahawa anak mereka terdiri dari kalangan murid berkeperluan khas. Diminta berjumpa doktor untuk pengesahan pun tak mahu sebab takut yang anak mereka tidak ada masa depan kalau belajar di kelas Pendidikan Khas.
4. Kurikulum - Kurikulum prasekolah sendiri belum mantap malah tiada kesinambungan dengan kurikulum di Tahun 1 dan soalan KIA 2M itu sendiri. Sebab itu kerajaan buat kurikulum baru prasekolah yang dinamakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang mana sekarang ini ramai guru prasekolah terpaksa mengorbankan masa cuti mereka untuk menghadiri kursus. Malah ada yang terpaksa membatalkan tiket penerbangan pulang ke kampung semata-mata kerana terpaksa menghadiri kursus. Tidakkah itu salah satu pengorbanan kami guru prasekolah semata-mata untuk memantapkan pendidikan prasekolah di negara ini.

Kesimpulan
Kajian perlu dijalankan untuk mengesan kelemahan-kelemahan murid yang masuk ke kelas pemulihan. Jangan terus membuat kesimpulan yang mengatakan murid prasekolah penyumbang terbesar. Murid prasekolah adalah anak-anak yang datang dari keluarga yang susah. Ibu bapa mereka sibuk menambah pendapatan untuk menyambung kehidupan. Sebab itu anak-anak terabai. Mereka mengharapkan 100% kepada sekolah untuk membantu anak mereka. Itu juga sebabnya kenapa ada kalanya sukar nak mendidik kanak-kanak yang kurang mampu ini kerana kebanyakan ibu bapa mereka kurang berpelajaran yang mampu mendidik anak di rumah selepas waktu persekolahan. Mereka ada kalanya tidak mampu membeli buku tambahan. Paling sukar bila ada ibu bapa yang bekerja secara shift yang berjumpa anak hanya setelah mereka tidur.

Kita perlu membuang tanggapan bahawa guru prasekolah merupakan guru kelas ketiga (guru yang tidak memberi sebarang sumbangan kepada pendidikan berbanding guru-guru Tahun 6 yang sering menerima APC) Jangan menganggap tugas guru prasekolah ini mudah. Kami mengajar 3 jam setiap hari. Lepas pukul 11.00 baru boleh berehat. Tahukah anda bahawa tugas kami ini bermula dari mula kanak-kanak datang ke sekolah. Non-stop. Kalau guru aliran perdana masih sempat bersembang di kantin, kami? Makan selepas semua makanan di kantin tinggal sisa. Jarang sekali guru prasekolah berpeluang bersembang sakan di kantin atau duduk di bilik guru. Masa kami sepenuhnya bersama murid... 3 jam tanpa henti sedang guru aliran perdana sempat juga berehat 30 minit kalau jadual "pack" sangat. Lebih menyedihkan ada sekolah yang tidak memberikan guru Agama untuk masuk ke kelas prasekolah, malah yang lebih parah ada guru prasekolah yang terpaksa "relief" kelas lain sebaik tamat waktu prasekolah.

Bagi guru prasekolah pula, anggap semua ini cabaran. Kita mesti teguh berdiri. Buktikan bahawa apa yang dituduh umum itu salah. Kita juga guru yang mendapat didikan di maktab dan di IPTA, sama seperti guru-guru aliran perdana. Kita juga mampu mengajar murid-murid Tahun 6 kalau diberi peluang. Malah boleh juga mengajar pelajar-pelajar di IPTA. Mengajar murid-murid yang lebih dewasa lebih senang sebenarnya. Kalau tak percaya, minta guru aliran perdana masuk mengajar di prasekolah. Mampukah mereka?

Sekadar luahan...

6 ulasan:

pupu berkata...

saya sokong 200%. harap sesetengah dr org kita ni berubah mentalitinya..wt anjakan paradigma...
tabahkan hati wahai ckgu pra...insya-allah org sekeliling akan bukak mata betapa pentingnya kita ni..the time will come..

Fauziah berkata...

guru pra kena buktikan hasil kerja mereka. dokumenkan semua sekali sebagai bukti. jgn biarkan org ramai mudah pijak2 / pelekeh kita. mana mrd yg lemah n bermasalah tu amik gmbr atau videokan jd bukti. sekarang ni kena buat hitam putih supaya umum tahu betapa pentingnya kita

Ahmad Suhazli berkata...

Betul kak. Diorang ingat senang ker nak ngajar sorang budak tu dari 0 kepada boleh membaca. Cuba suruh diorang test pada anak sendiri! baru diorang tau rasanya. Baru marah sikit dah terkencing budak tu. camner dia nak pandai. cikgu prasekolah ni kebanyakannya memang x senang duduk kalau anak murid dia x boleh membaca. Malaysia ni terbalik sikit dari negara maju. Kat sana prasekolah yang paling diutamakan.kat sini?bila lagi?

Fauziah berkata...

Biasalah tu... manusia kat Msia ni ramai ada PHD. Bukan nak buat ke arah kebaikan... suka mencari kesalahan org. Sekarang ni kita guru pra kena bersatu sebenarnya pertahan hak kita. Kena berani bersuara. Ni tak ramai guru pra ni takut buka mulut... apa gaji tu bos ke bagi? Semua tu Allah punya kuasa. Berani kerana benar.

aisha berkata...

betul 2 ckgu...
sy sgt2 setuju...
kalo dlu sy ade rase malu sbb dpt kos prasekolah ni... kwn2 pn siap gelakkan lg...
tpi lps da msuk 3 thn blaja... demi Allah..
bru sy tahu betapa beratnya tgjwb seorg ckgu praskolah ni...
nk ajar dirog knal ABC pn ssh...
lain la ckgu2 yg mgajar drjh 1-6...
masuk2 kelas... rmai budk yg da tau mmbaca....
ermm... kate nk bina modal insan minda kelas pertama.. tpi..
msyrkt sndri da x bg sokongn dlm kite nk mmbentuk asas2 modal insan ni... cmane la kan...ish...
sdih gak..

kakilebam berkata...

akak ade x pekeliling ttg guru prasekolah xboleh relief class?