Ahad, November 22, 2009

Mesyuarat Prasekolah Sesi 2010

Mesyuarat Kali Pertama
Penerimaan Murid Prasekolah Sesi 2010

Tarikh : 21 November 2009 ( Sabtu )
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Seri Mutiara

Kehadiran:
1. Guru Besar
2. Guru Prasekolah
3. Pembantu Pengurusan Murid
4. Ibu bapa dan kanak-kanak yang telah terpilih

Agenda:
1. Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar, Tuan Hj Ali bin Jaafar.
2. Penerangan pelaksanaan program prasekolah oleh Puan Fauziah A. Rahim, Guru Prasekolah, SK Datuk Usman Awang
3. Pelantikan AJK Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa sesi 2010.
4. Membincangkan kadar perbelanjaan dan sumbangan bulanan bagi sesi 2010.
5. Membincangkan aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2010.
6. Hal-hal lain.

Ucapan alu-aluan Guru Besar
1. Mengalu-alukan kedatangan ibu bapa.
2. Menerangkan kenapa tempat mesyuarat ditukar di saat akhir. Dewan sekolah digunakan untuk peperiksaan Darjah 6, Sekolah Agama.
3. Mengucapkan tahniah kepada ibu bapa kerana anak mereka terpilih mengikuti kelas prasekolah pada tahun hadapan.
4. Menerangkan tentang peruntukan kewangan yang diterima oleh sekolah bagi membiayai perjalanan kelas prasekolah.
5. Semua perbelanjaan tambahan akan dibincang dan dipersetujui oleh ibu bapa selepas acara pemilihan AJK Majlis Pemuafakatan dibuat.
6. Mengalu-alukan ibu bapa yang datang ke sekolah sekiranya berminat untuk bersama-sama membantu perjalanan aktiviti di prasekolah.

Penerangan Pelaksanaan Program Prasekolah oleh Guru Prasekolah.
1. Puan Fauziah menerangkan tentang matlamat pendidikan prasekolah.
2. Menerangkan objektif pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun.
3. Menjelaskan tentang peruntukan masa selama 4 jam yang akan dimulakan pada tahun hadapan selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
4. Menjelaskan tentang tujuan dan kaedah pentaksiran diadakan di kelas prasekolah.
5. Menerangkan secara terperinci peraturan-peraturan di kelas prasekolah yang mesti dipatuhi oleh ibu bapa dan kanak-kanak sepanjang berada di kawasan sekolah.
- Kehadiran
- Ponteng
- Pakaian gantian
- Pakaian seragam
- Kesihatan dan keselamatan kanak-kanak
- Penggunaan buku latihan / tulis
- Bahan bacaan tambahan kanak-kanak
- Peraturan umum
- Senarai keperluan kanak-kanak
6. Menjelaskan tentang penarafan lima bintang yang bakal dilaksanakan mulai tahun hadapan.
7. Cara-cara pemilihan penerima anugerah pelajar cemerlang.
8. Menerangkan tentang penggunaan buku tulis dan meminta ibu bapa akan sentiasa memantau kerja anak masing-masing dan menandatangani borang semakan.

Pemilihan AJK Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa 2010
Penasihat - Guru Besar

Pengerusi - Encik Mad Fuad bin Salleh
Cadangan - Puan Rosni bt Taib
Sokongan - Puan Sarina bt Sedu

Naib Pengerusi - Puan Rosni bt Taib
Cadangan - Puan Saadiah
Sokongan - Puan Ermawati

Setiausaha - Puan Fauziah bt A. Rahim

Bendahari - Puan Misnah
Cadangan - Puan Farah Lina
Sokongan - Puan Sarina bt Sedu

Juruaudit - Puan Farah Lina
Cadangan - Puan Misnah
Sokongan - sebulat suara

Ahli Jawatan Kuasa
Semua ibu bapa dilantik sebagai AJK mengikut bidang dan keperluan yang dimaklumkan kelak.

Perbincangan Perbelanjaan 2010
Semua ibu bapa bersetuju dengan kadar yang telah ditetapkan:
Sumbangan bulanan RM10.00
Membeli buku aktiviti Pendidikan Islam - RM8.00
Buku tulis - RM 16.00
Bayaran asas sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah juga dipersetujui sebulat suara.
- Uniform
- Baju sukan
- Baju hari Jumaat
- Insuran

Aktiviti Sepanjang Tahun 2010
1. Program Ziarah dan Marhaban
2. Lawatan
3. Sukaneka
4. Perkelahan dan Hari keluarga

Hal-hal lain
1. Mengukur baju kanak-kanak

Mesyuarat ditamatkan pada pukul 11.30 pagi.

Tiada ulasan:

Worksheets