Khamis, November 05, 2009

Sesi Persekolahan 2010

Surat tawaran kemasukan

Surat penolakan

Assalamualaikum
Permohonan kemasukan murid untuk sesi persekolahan 2010 telah lama dibuka iaitu sejak awal tahun. Namun sehingga ke hari ini masih kurang lagi jumlah murid yang berminat. Saya pun tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi. Kain rentang telah dipasang di pintu masuk sekolah. Nak kata tak nampak, kain itu saya pasang hampir menutup pagar saiznya. Bila disemak fail pendaftaran murid ke Tahun Satu tahun 2011 hanya ada 8 orang sahaja. Ada setengahnya sudah mendaftar. Ada pula tidak berminat kerana masalah pengangkutan. Aduh pening kepala memikirkan cara bagaimana nak tambah murid.

Siapakah yang perlu disalahkan? Di kawasan "feeder" sekolah ini memang banyak tadika. Mungkin faktor pengangkutan atau kesempitan hidup membuatkan ibu bapa memilih tadika yang hampir dengan rumah mereka. Kalau berterusan nampaknya tahun depan murid saya kuranglah. Nak buat macam mana? Ada 2 orang murid berumur 5 tahun sekarang ini mahu pindah ke tadika lain pula. Inilah akibatnya mengambil murid 5 tahun... bila dah pandai... mereka nak pindah ke sekolah lain pula. Puas juga saya merayu tapi tidak berjaya. Sedih juga kerana murid itu murid yang rajin dan tidak banyak kerenah.

Ada juga kanak-kanak berumur 4 tahun ingin masuk ke kelas saya tahun hadapan tapi ia masih dalam pertimbangan kerana PPM saya akan cuti bersalin tahun hadapan. Kalau mereka ni buat hal ( maklumlah umur yang masih kecil ) di awal persekolahan memang memberikan masalah kepada saya kelak. Saya benar-benar risau maklumlah PPM akan bercuti panjang. Semua urusan kelas perlu diurus seorang diri.

http://kccachola.files.wordpress.com/2008/09/thinking1.jpg

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cikgu memang seorang guru yang berdedikasi dan berpotensi. saya jg guru prasekolah. baru 3 tahun mengajar kelas prasekolah. sebelum ni mengajar kelas perdana selama 8 tahun. saya sangat perlukan panduan untuk meningkatkan kemampuan saya menjadi guru prasekolah. Namun saya bangga dengan semua guru prasekolah. mereka adalah guru yang serba boleh dan sangat tenang dan tinggi kesabaran. seperti seorang pembina rumah. tapaknya perlu kukuh dan stabil beru lah rumah itu akan teguh walau berpuluh-puluh tahun. demekianlah tugas kita, untuk memastikan kanak-kanak itu menjadi insan yang berkualiti dan teguh dalam kehidupannya. Prasekolah adalah asas pembentukan modal insan yang seimbang. saya bangga dengan cikgu..syabas

Worksheets