Selasa, November 03, 2009

Minggu Sibuk dan Sakit

Assalamualaikum
Hari ini sakit gigi belum baik lagi. Pipi senget sebelah. Cuti sakit hanya sehari sahaja. Nak sambung cuti kasihan kat PPM. Jadi nak tak nak kenalah kerja hari ini. Budak-budak pula semakin lasak. Nak tak nak kena juga menjerit macam Tarzan kat kelas. Apa lagi nyut...nyut la otot rahang yang sedang sakit. Mahu menangis rasanya. Masa sakit gigi inilah anak-anak kat kelas tu buat perangai. Bagi kerja pun tak boleh senyap. Memang dah perangai budak tapi masa sakit gigi ni mana boleh dengar bising-bising. Menangkap sampai ke kepala.

Hari ni pula hari akhir nak hantar tuntutan perjalanan. Kena siapkan juga tapi entahlah dapat ke tidak. Kat dalam borang macam banyak je RM yang bakal diterima, tapi .... entahlah tu. Tahun depan pun belum pasti dapat. Berserah jelah.

Pagi ni gatal tangan hantar mesej kat Encik Sariman bertanyakan pasal Seminar Prasekolah peringkat negeri. Tup-tup dapat mesej dari Encik Sariman meminta aku sediakan kertas kerja untuk disampaikan dalam seminar tersebut. Seminar pada 10 - 11 November ni. Dijangka 500 orang guru bakal hadir pada hari tersebut. Alamak... Macam tak yakin je rasanya nak buat kertas kerja tu sebab banyak nota semasa belajar dulu dah tenggelam bersama banjir besar dulu. Apapun kena buat juga... macamana ek? Kena usaha juga.... caiyok.

Lepas sms Encik Sariman, Cikgu Zainal SK Taman Perling pula sms tentang lawatannya ke Langkawi. Wah bersemangat betul dia untuk mulakan projek permohonan Guru Cemerlang DG44. Aku ni dah macam kakak dia... apa lagi la bakar je semangat dia. Aku suruh dia dokumentasikan semua bahan dari CD yang dia beli dari aku. Maklumlah semua informasi tu penting untuk dilihat oleh nazir atau Guru Besar. Nasihat aku kalau korang nak mohon Guru Cemerlang DG32 atau DG34 atau DG44... kalau dah beli CD2 aku tu rajin-rajin cetak dan jilidkan. Tukarkan nama aku tu kepada nama korang. Aku tak marah pun. Pastu korang sokonglah dengan kertas-kertas kerja korang pulak. Aku pun tengah berazam nak mohon Guru Cemerlang DG48 sebab tempoh edah aku dalam DG41 berakhir tahun depan. Aku akan masukkan projek itu dalam cd dan yang pasti aku akan edarkan kat korang juga dalam pakej cd ketiga aku kelak. No problem... Aku suka berkongsi ilmu ni dengan korang. Rezeki kan Allah yang beri. OKlah... jom masuk ke bahagian apa yang berlaku petang tadi pulak...

Petang tadi aku telefon pengawai yang bertanggungjawab mengedar CD Cerlang Minda Prasekolah Diri Saya. Dah dekat sebulan aku meminta supply CD tersebut. Malah aku dah pun jelaskan semua bayaran. Aku dah naik angin gak ni. Bukan sikit aku kena bayar untuk 50 set CD tu. Kalau Cikgu Marina dari SK Tudan, Sarawak baca entri ini harap bersabar ya sebab saya belum dapat bekalan lagi. Sebelum ni tak ada masalah langsung. Aku memang naik angin betul ni sebab seolah-olah aku nak permainkan guru-guru yang dah buat pesanan dan bayaran. Aku memang tak puas hati. Mulalah tangan gatal menelefon pegawai penyelaras projek CD tu. Sekarang ni memang ada masalah. Esok aku nak godak telefon pegawai atasan di DBP pula. Aku akan kirim fax sekali. Aku cukup bengang dah ni. Aku dah janji dengan Encik Sariman nak bagi 1 copy kat dia dan kepada Tuan Pengarah di JPNJ. Bukan apa aku hanya nak bagi kedua orang penting ini membuat review bahan yang aku hasilkan itu. Malah Encik Sariman ada minta aku tunjukkan semasa di seminar tersebut kelak. Maklumlah tajuk seminar tu berkaitan pedagogi dan penggunaan BBM di kelas prasekolah. Macamana ni???? .... Set untuk simpanan aku pun dah tak ada. Aduh....

Beberapa minit tadi, masa leka menulis entri ni suami kata ada 1 dalam simpanan dia... Horey!... selamat 1 bahagian tugasan yang bakal aku catatkan dalam seminar itu kelak. Minggu ni dah sibuk... Minggu depan akan jadi minggu lebih sibuk. Sabtu Ahad ni aku kena jadi instruktur senaman pagi perkhemahan tahunan peringkat sekolah. Jangan sakit pinggang dah ler... Pastu aku kena berkejar ke seminar dan kursus-kursus pula. Kalau aku tak buat entri tu korang faham-faham je la ya. Ada entri aku dah buat awal dan dijadualkan. Kalau ruang sembang tu tak berbalas maknanya aku tak dapat mengadap komputer.

Babai...



Tiada ulasan:

Worksheets