Isnin, November 02, 2009

Minit Curai

MINIT CURAI MESYURAT PELAPORAN AKTIVITI TAHUN 2009
DAN PERANCANGAN PRASEKOLAH 2010

Tarikh : 30 Oktober 2009
Tempat : SK Bandar Putra, Segamat
Masa : 8.00 pagi - 5 petang.

Ucapan Encik Sariman Hussin, JPNJ

1. Menetapkan agar semua program perancangan strategik seluruh prasekolah negeri Johor diseragamkan. Jawatankuasa Perancangan Strategik Prasekolah akan dikendalikan oleh kumpulan Jurulatih Utama mengikut daerah yang bakal dipilih. Kertas kerja yang telah disiapkan akan dimuatkan di dalam CD dan diedar ke sekolah-sekolah.

- Tindakan kumpulan Jurulatih Utama Daerah Mersing

2. Guru-guru perlu memastikan perancangan strategik berkenaan disemak oleh Guru Penolong Kanan 1 dan disahkan oleh Guru Besar sekolah masing-masing.

- Makluman semua guru

3. Penarapan Bintang akan dimulakan pada tahun 2010 dan mengharapkan semua guru dapat menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang. Anugerah akan diberikan kepada sekolah yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang.

- Makluman semua guru

4. Kumpulan Jurulatih-jurulatih Utama Prasekolah akan menyediakan takwim dan surat yang seragam. Semua bahan ini akan dimuatkan di dalam CD dan akan dihantar ke setiap sekolah. Semua surat ini akan diubahsuai mengikut nama sekolah dan dicetak mengikut tarikh aktiviti yang bakal dilaksanakan

- Tindakan kumpulan Jurulatih Utama Daerah Kulai Jaya

- Makluman semua guru

5. Unit Prasekolah JPNJ akan melantik Panel Perunding Prasekolah negeri Johor yang terdiri di kalangan guru-guru prasekolah dengan memberi mandat mengendalikan mesyuarat sebanyak 4 kali setahun.

- Tindakan Panel Perunding Prasekolah yang bakal dipilih.

6. Pada tahun 2010 sebanyak 802 kelas prasekolah akan beroperasi di seluruh Johor.

- Makluman semua guru

7. Semua kertas kerja Ko-Akademik prasekolah akan diselaraskan dan guru perlu memastikan kertas kerja berkenaan disemak oleh Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum dan disahkan oleh Guru Besar sekolah masing-masing.

- Tindakan kumpulan Jurulatih Utama Daerah Muar

- Makluman semua guru

8. Melantik jawatankuasa e-Majalah yang akan merancang program ICT. Kumpulan Jurulatih Utama Daerah Segamat diberi mandat menyiapkan kertas kerja berkenaan dengan dibantu oleh Puan Fauziah A. Rahim dari SK Datuk Usman Awang, Kota Tinggi.

- Tindakan kumpulan Jurulatih Utama Daerah Segamat dan Puan Fauziah A.Rahim.

9. Daerah Kota Tinggi diberi mandat menyediakan Kertas Kerja Penyediaan Bahan Bantu Mengajar.

- Tindakan kumpulan Jurulatih Utama Daerah Kota Tinggi

10. Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Unit Bahasa di setiap daerah akan bertindak sebagai penyelaras kurikulum prasekolah di daerah masing-masing. Semua guru boleh menghubungi mereka sekiranya menghadapi sebarang kemusykilan.

- Makluman semua guru

11. Kursus Kurikulum akan diadakan mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut:

11.1 Hotel Suria City, Johor Bahru ( 10-13 November 2009 )

- Guru Prasekolah Daerah Batu Pahat

11.2 Hotel Selesa, Johor Bahru ( 10 – 13 November 2009 )

- Guru Prasekolah Daerah Kota Tinggi

11.3 Hotel Seri Pelangi, Muar ( 23 – 26 November 2009 )

- Guru Prasekolah Daerah Segamat dan Pontian

11.4 Hotel Seri Malaysia, Mersing ( 23 – 26 November 2009 )

- Guru Prasekolah Daerah Johor Bahru

11.5 Hotel Classic, Batu Pahat ( 8 – 11 Disember 2009 )

- Guru Prasekolah Daerah Pasir Gudang dan Kulai Jaya

11.6 Hotel Caterina, Batu Pahat ( 8 – 11 Disember 2009 )

- Guru Prasekolah Daerah Muar

- Makluman semua guru

Mesyuarat berakhir jam 5.00 petang

Dicatat oleh:

( FAUZIAH A.RAHIM )

Guru Prasekolah,

SK Datuk Usman Awang,

81900 Kota Tinggi


Tiada ulasan:

Worksheets