Jumaat, November 13, 2009

Kursus KSPK

Assalamualaikum
Selesai seminar pedagogi berkesan, aku bergegas pula ke Hotel Selesa, Johor Bahru. Tengah hari tadi baru selesai program kursus Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Memang meletihkan. Ada ketika aku terlelap di meja. Aku rasa sangat mengantuk maklumlah sejak minggu lepas aku kena menyiapkan slot untuk seminar dan bahan-bahan yang diperlukan. Aku kurang tidur dan kurang rehat. Bila ingat kerja yang menanti, mata aku celik tapi badan sudah letih seletihnya. Pernah di dalam lif rasa badan macam nak melayang, tapi bila tiba di bilik mata tak mahu lelap. Adui...

Aku tiba di rumah dalam hujan petang tadi. Baru nak baring melelapkan mata, mak dan abah pula datang. Takkanlah nak lelap gak... Mak abah balik aku sambung persediaan untuk seminar Isnin depan ni. Aku nak tidur tapi mata tak mahu lelap... aku memikirkan tugasan yang perlu aku buat sebelum naik sekolah ni... waaaa nak nangis rasanya. Cuti sekolah ni aku rasa tak macam cuti. Aku juga dapat banyak jemputan kahwin dari kawan-kawan. Rasa nak pergi tapi ... anak nak periksa SPM pula. Kalau ada masa aku akan sampai juga ok.

Korang tentu dah tahu tentang KSPK ni kan? Mana yang belum pergi kursus tu biar aku terangkan sikit kat sini...
1. Masa pembelajaran di prasekolah setiap hari mulai tahun depan adalah 4 jam. Ya 4 jam. Korang jangan nak terbeliakkan biji mata ya.. Masa tu lum campur lagi waktu korang kena hantar budak-budak kat pintu utama sekolah. Bilalah kita dapat merasa makan kat kantin sekolah ya? Waktu tu tentu makanan kat kantin dah pun habis. Cikgu prasekolah gigit jari je la.
2. Kalau sekolah korang kurang guru agama, kenalah dok kat kelas sepanjang masa tu. Jadi korang kena bertindak cakap kat GB korang yang guru agama WAJIB masuk ke kelas korang. Baca Akta Pendidikan tentang prasekolah. Kalau GB korang minta pekeliling, korang sebut je pasal Akta tu. Tak ada kompromi lagi. Mana tahan beb dok kat kelas 4 jam setiap hari dari pagi sampai tengah hari. Lagi-lagi kalau PPM cuti bersalin. Adoi ... "masak" kita kat kelas tu. Kalau korang kena jadi guru ganti pulak... camne ek? Wow jadilah guru SUPER yek. Jadi jalan penyelesaiannya... korang nak tak nak kena minta guru agama masuk ke kelas gak. Kalau tiada jalan penyelesaian bolehlah korang kirim email kat TV3. Haha...
3. Korang kena jadi guru Bahasa Inggeris. Aku rancang nak ajar BI setiap hari Selasa dan Khamis dari mula sampai balik. Bagi yang kantoi BI masa SPM bersedialah untuk pergi kursus BI. Aku yang tak berapa kantoi ni pun nak join sama.
4. Yang bestnya semester awal ni tak ada pengajaran bertema yang khusus. Jadi korang kena ajar murid-murid huruf dan nombor sampai dapat. Bila budak-budak tu dah dapat kuasai huruf dan nombor barulah masuk pengajaran bertema. Rasanya ni lebih mudah. Jadi cuti ni korang kena cari semua bahan ikut setiap urutan kemahiran dan failkan supaya mudah membuat penilaian. Tak susah, bagi korang yang dah beli bahan yang aku buat tu boleh ubah nombor kemahiran tu ikut terma yang dipakai dalam KSPK. Asingkan 5 helai lembaran kerja yang sesuai dan stapler ikut satu-satu kemahiran untuk dijadikan bahan penilaian yang boleh dijadikan bukti pencapaian murid-murid setiap hari. Jadi kalau murid korang tak juga dapat kuasai kemahiran mungkin ada something wrong kat budak tu. Jadi korang kena rujuk budak berkenaan kepada guru Pendidikan Khas supaya tindakan selanjutnya dapat dilakukan. InsyaAllah tahun 2011 tak ada lagi murid masuk KIA.

Tu je la yang aku faham bab KSPK ni. Cuti ni aku nak cuba khatamkan buku KSPK yang diberi oleh JPN tu. Aku akan cuba:
1. Sediakan bahan ikut kemahiran yang diberi.
2. Fotostat lembaran kerja ikut tahap untuk dokumentasikan hasil kerja / penilaian murid itu kelak.

Bahan-bahan tu dah ada tinggal aku kena susun semula je. Masukkan dalam kotak ikut minggu. Aku kena ambil semula 2 buah buku Circle Time yang aku tinggalkan kat rumah mak. Buku-buku tu memang dah lengkap sebab aku beli dari United Kingdom. Aku akan mula membuat rancangan pengajaran yang selengkap-lengkapnya. Aku akan cetak dan kumpulkan sekali bahan yang bakal aku guna. Rasanya tahun depan buku RPH aku akan lebih mantap sebab aku akan compile sekali dengan bahan yang akan aku gunakan. Cewah semangat tul ni. Lagipun tahun depan ada program penarafan bintang. Cuba je la ...

1 ulasan:

Didi berkata...

KSPK.... Risaunya bila dengar pasal benda ni... Bukan pe... Saya belum lagi kerja... Baru interview 3 Nov aritu.... maknanya ada perubahan la dalam Kurikulum Prasekolah ni? saya tak tau la tahun depan saya dapat ke tak kerja jadi guru prasekolah... Tapi mesti saya kena culture shock punya la... Hehe... Dah la baru nak start kerja pastu kena sesuaikan diri dengan kurikulum baru lagi... saya ingatkan masih pakai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang lama tu... Hmmm.... ^_^||||

Worksheets