Selasa, Januari 23, 2007

Izzat Zulhelmi


Hari ini tiba-tiba sahaja banyak perkara nak aku coretkan. Bermula dengan Aqilah, sekarang giliran Izzat Zulhemi pula. Dia mangsa banjir. Dua kali rumahnya dinaiki air dan di gelombang kedua ini, rumahnya ditenggelami hingga ke bumbung. Izzat merupakan kanak-kanak yang rajin. Jarang menimbulkan masalah cuma kalau tahun lepas dia sering disakat oleh rakan-rakannya. Maklumlah baru berumur 5 tahun. Cepat sangat meleleh airmatanya. Bila mula menangis, aku menggelarkannya "anak gajah" sebab orangnya kecil comel tetapi bila menangis suaranya besar dan lantang. Paling kelakar bila aku membawanya pulang selepas aktiviti luar. Sengaja aku melalui kawasan semak sambil bercakap dengannya, "Kalau Izzat nangis lagi, cikgu letak Izzat kat sini ya sebab kat sini untuk anak gajah." Dengan nada suara yang pelat dia kata" Tak kesyah!" ...huh melawan gak ya.

Apa yang menarik pada Izzat ialah dia berani mencuba walaupun pelat. Kalau menyanyi suaranya lantang sekali. Semangat ingin belajarnya sangat tinggi. Tulisannya cantik walaupun ketika berumur 5 tahun malah dia kupilih sebagai johan tulisan cantik kanak-kanak 5 tahun. Izzat memang budak yang baik cuma mudah menangis. Sudah dua hari sejak sekolah mula dibuka selepas banjir Izzat kurang sihat. Bibirnya pecah kerana terjatuh. Kakinya kelenjar. Jalan terdengot-dengkot. Kesian Izzat.

3 ulasan:

Razali berkata...

Selamat pagi cikgu, hehehe.. :D

Lawa juga blog cikgu ni, terer cikgu buat laman web. Buleh berguru ni..

Fauziah berkata...

Terima kasih atas komen. Nak berguru tu tak berani jamin la. Tapi kalau tolong sikit-sikit tu boleh la maklum saya ni pun banyak belajar melalui kaedah cuba jaya dan copy paste. Saya banyak tiru page source blog orang lain. Bak kata kawan tu "raja copy" hehehe.

Izzat Zulhelmi berkata...

Assalamualaikum cikgu. Saya Izzat Zulhelmi tu. Sekarang umur saya dah 19 tahun dan sambung belajar di Kuantan,Pahang. Kolej Profesional Mara Indera Mahkota, kos diploma in Computer Networking.

Worksheets