Selasa, Februari 16, 2010

Cerlang Minda Prasekolah


Assalamualaikum
Ramai yang menelefon bertanyakan cd interaktif cerlang minda prasekolah: diri saya. Untuk makluman guru-guru dan ibu bapa sekelian, anda boleh memesan secara terus ke alamat berikut :
http://www.kedaidbp.my/cms/index.php?33,cemerlang-minda-prasekolah-diri-saya

Untuk makluman anda juga di sini saya petik penerangan yang terdapat di laman web tersebut agar anda dapat memahami dengan lebih jelas berkaitan produk...

CERLANG MINDA PRASEKOLAH ini mengandungi enam menu utama yang sesuai untuk kanak-kanak parasekolah berumur 5-6 tahun. Gabungan kesemua komponen pembelajaran peringkat prasekolah seperti komponen perkembangan bahasa, perkembangan kognitif, perkembangan estetika, dan daya kretiviti serta perkembangan kerohanian dan moral melalui pelbagai aktiviti dan cerita pastinya merupakan aktiviti yang menyeronokkan untuk kanak-kanak. Antara aktiviti yang terkandung dalam judul ini adalah bercerita, mewarna, belajar menulis, mengira dan membaca.

Kanak-kanak juga tidak ketinggalan dapat berhibur bersama rakan dengan bernyanyi diiringi muzik dan video untuk menarik minat adik-adik.

Dalam aktiviti bercerita, adik-adik akan mendengar cerita menarik beserta gambar beranimasi yang menarik di samping dapat mengambil nilai-nilai yang terkandung di dalamnya. Adik-adik boleh memanfaatkan masa yang ada dengan melakukan aktiviti mewarna di mana adik-adik boleh mencurahkan daya kreativiti adik-adik dengan bermain dengan warna.

Para ibu bapa pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk melihat anak-anak belajar menulis dan membaca. Dalam judul ini, turut disediakan ialah aktiviti membaca dan menulis untuk mendedahkan kanak-kanak kepada aktiviti pembelajaran dengan bantuan ilustrasi yang menarik dan menghiburkan.

Sehingga kini saya masih belum memperolehi stok bahan tersebut walaupun saya penulisnya dan memegang hakcipta. Terima kasih atas perhatian yang anda berikan. Semoga anda dapat menyokong terus usaha murni ini di masa yang akan datang.

Tiada ulasan:

Worksheets