Saya suka blog ini

Jumaat, Februari 05, 2010

Letih

Assalamualaikum
Lama tidak membuat entri di blog. Rata-rata saya lihat ramai blogger di kalangan guru prasekolah juga mengalami sindrom yang sama seperti saya. Blog-blog kelas prasekolah bersawang semuanya. Hmm bila nak buat housekeeping ni? Sebenarnya terlalu banyak nak dikongsi dengan rakan-rakan di sini...tapi minda sudah terlalu penat membuatkan fizikal turut sama...ingin bermalas-malasan di katil selepas seharian berada di sekolah.

Sekarang ini fenomena facebook dilihat banyak mengambil ruang guru prasekolah seluruh negara untuk berinteraksi. Semua meluahkan rasa. Kurikulum baru paling banyak disentuh. Rata-rata guru menyatakan letih. Bayangkan 4 jam setiap hari di kelas melayan kerenah kanak-kanak yang 25 ragam itu. Belum lagi disentuh bab penilaian murid. Untuk menyediakan rancangan pengajaran harian sahaja cukup memeningkan. 50% masa diperuntukkan untuk pengajaran Bahasa Melayu dan 50% lagi untuk pengajaran Bahasa Inggeris.

Pengajaran Bahasa Inggeris benar-benar membebankan ramai guru prasekolah. Maklumlah kami tidak pernah dilatih untuk mengajar Bahasa Inggeris, tiba-tiba diminta berbuat demikian. Rata-rata guru yang saya temui mempunyai kelulusan Bahasa Inggeris di peringkat SPM yang amat minima iaitu 7 dan 8 aggregate. Ada juga gagal dalam matapelajaran tersebut. Kalau guru sendiri tidak mahir berbahasa Inggeris mana mungkin pencapaian murid mencapai objektif yang maksima. Saya sendiri yang mendapat kredit semasa SPM juga tidak terkecuali. Mengajar mengikut sesedap rasa sahaja. Ada juga saya terdengar suara-suara yang menyatakan: Alah mudah sahaja nak mengajar Bahasa Inggeris pada kanak-kanak prasekolah.

Mudah ke? 8 jam seminggu untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak adalah satu jangkawaktu yang sangat panjang. Takkanlah setiap hari kami ingin menunjukkan kad gambar dan menyatakan skrip yang sama seperti : This is a ....... thank you .... how are you... Asas Bahasa Inggeris dikalangan guru yang lemah memburukkan keadaan. Apatah lagi kami diminta bertutur dalam Bahasa Inggeris semasa aktiviti luar, circle time atau rutin dan semasa rehat. Aduhai... perbendaharaan kata yang terbatas dan masalah menyebut perkataan di dalam bahasa berkenaan turut membuatkan kami tertekan apatah lagi sekiranya pemantauan dibuat. Kelemahan-kelemahan ini sepatutnya dikaji sebelum pelaksanaan. Tapi siapalah kami untuk membantah setiap arahan yang dikeluarkan. Ramai guru mengharapkan agar Kementerian Pelajaran menyediakan latihan intensif untuk kami menguasai Bahasa Inggeris. PPSMI dah dihapuskan tapi kami pula menjadi sasaran ujikaji pihak atasan.

Kami benar-benar letih sekarang ini...tertekan dengan situasi penguasaan bahasa, kehendak kementerian, memahami kurikulum yang baru.. belum lagi dengan urusan pengkeranian, aktiviti ko-kurikulum dan ko-akademik. Waktu 36 masa seminggu juga membebankan malah adakalanya kami tiada masa untuk berehat pun. Bukan nak mempertikaikan tapi kebajikan kami seolah-olah tidak dipedulikan.

Salahkah kami bersuara?

14 ulasan:

ppki berkata...

Salam Kak G.

Faham Apa yang dihadapioleh para guru.hem nak bagi skit pandangan ,Macam Sekolah Ima mereka ada minta guru BI Aliran Perdana untuk ajar begitu juga dengan agama. Mungkin Kak G leh suggestkan kat pentadbiran.

Fauziah berkata...

bukan x nk suggest tp ada pekeliling ke? kang kata guru pra memandai2 lak. kang x pasal2 nama naik kat PPD, JPN... dah le nama kena black list ni

Tanpa Nama berkata...

kat sabah ada satu sek dah buat..sek i pun gb setuju..tp.gb lak kene tkr..tak tahu lg pentdbiran br..sebenarnya byk baik nyer kalau cikgu bi yg ajar-ayu prasktobobon sabah

Fauziah berkata...

betul tu...nnt akak nk cuba usulkan kt timbalan pengarah masa dia dtg kt sek akak senin ni

ayu berkata...

ayu sokong 200%...atleast ringan sikit...hari2 nak buat bbm n rancngan..kdg2 rasa tensen.pastu kat sabah kitaorg kene tulis rph..hari2 4page tak termasuk refleksi for setiap subjek...tensennn

Cikgu Ani berkata...

memanglah kak gee, dah tak ada masa nak update blog....dah bersawang......letih pun ya...

Fauziah berkata...

faham..ramai blogger prasekolah dh angkat tangan ...sume penat

a.z.n.e.e berkata...

saya sokong!!

saya pun sama.. sy berharap waktu prasekolah akan kembali ke jadual waktu terdahulu.. iaitu 3j setengah.. itu sudah memadai bagi murid pra dan cikgu dia sekali.. huhuhu.. masing2 keletihan..

basic BI memang penting.. nnt jadi mcm ketam mengajar anaknya berjalan lurus, kan??

zai berkata...

bukannya tak bagus 50BM, 50BI tapi kerajaan kena kaji adakah guru prasekolah telah bersedia untuk mengajar BI dalam kelas. Rata-rata guru prasekolah SPM hanya cukup-cukup makan je BInya.Jangan jadi macam PPSMI...akhirnya matlamat tak tercapai.Patah balik pada BM semula....Kalau nak teruskan juga....hantar dulu guru prasekolah pi kursus BI...Janganlah hanya setakat bekalkan skrip je...

Tanpa Nama berkata...

betul2..kalu ppsmi diorg boleh bg kursus dan mcm2 intensif, apsal guru pra xleh dpt..bukan pasal duit pun, at least tolong kita utk kita tlg capai matlamat diorg..saya first time mengajar rasa nak terduduk lepas setiap kali kelas..tu x kira lagi yg parent ambik anak lambat tu..hiiiii penat sungguh

Fauziah berkata...

la ni parent lak buat kita mcm pengasuh anak dia. amik ikut suka je. langsung x pk malah ada yg x tau berterima kasih pun. panazzzzzzzzz

Cikgu syikin berkata...

pendapat syikin camni..it is the matter of quality not quantity..x guna ajar 4 jam tp budak x dpt fokus,ckgunya pun da pancit..masa yg diperuntukkan kurikulum dulu ok dah,budak2 kuasai gak 3M ni wlpun x sume..kurikulum lama ok dah dimurnikan je lg..lgpun lama gak 4 jam ni bdk2 da x ble fokus wlpun kita ni beriye2 ngajar nak tarik perhatian diorg

munira berkata...

betul..saya di sini merasa keletihannya juga...especially hari jumaat..dah la balik sama dengan budak2 yang lain..lepas pnp baru la nak buat rph untuk isnin, prepare ape2 yang patut...last2 kita orang yang balik terakhir sekali...

Fauziah berkata...

lesson plan x sempat siap hari jumaat. senin baru antar..jadi nama terus naik la guru paling lewat antar buku RPH. nak wat cmne...dah penat. lantak la..kalu nk dikatakan guru malas pun. mmg dh letih x sempat..ada parent amik anak pukul 12.00 hari jumaat...jd nak buat apa nye..kul 12.00 sume dh bergerak nk balik.