Assalamualaikum
Pagi tadi mesyuarat berkenaan diadakan di Bilik Mesyuarat SMK Laksamana Kota Tinggi bermula pukul 8 pagi. Baru hari ini saya dapat mengenali barisan guru cemerlang daerah Kota Tinggi seramai 42 orang. Jumlah yang amat sedikit berbanding guru cemerlang di Batu Pahat. Hanya saya seorang sahaja guru prasekolah. Selebihnya adalah guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah.
Banyak juga yang dibincangkan. Antaranya mengenai pengosongan waktu mengajar pada setiap hari Khamis. Rata-rata guru cemerlang mengajar 24 waktu tetapi saya 36 waktu. Aduhai macam mana nak kosongkan hari Khamis? Ada baki 4 waktu lagi. Tak kan setiap kali ada aktiviti MGC kelas saya tinggalkan begitu sahaja. Saya masih bingung dengan jumlah maksimum guru prasekolah kerana tiada info tentang waktu wajib mengajar.
Di dalam mesyuarat tersebut juga ramai yang terkejut bila saya nyatakan saya tidak dilibatkan dengan Jawatankuasa Panitia Prasekolah Daerah. Apa harus saya katakan? Terlebih cakap nanti ada yang menuduh saya berburuk sangka atau mengada-adakan cerita pula. Itu belum lagi dinyatakan saya juga bukan Jurulatih daerah. Saya hanya dipanggil sebagai bidan terjun sekali-sekala. Tentu ramai yang pelik kenapa saya dilantik menjadi guru cemerlang sedangkan saya tidak dilibatkan dengan mana-mana aktiviti daerah atau negeri.
Mesyuarat ini juga banyak membuka minda saya berdasarkan kesungguhan yang ditunjukkan oleh GC senior. Semoga pertemuan demi pertemuan yang bakal diadakan akan dapat menyuntik semangat untuk saya berkhidmat dengan lebih cemerlang walaupun hanya di alam siber. Semoga blog ini menjadi wadah untuk saya menyalurkan khidmat yang seterusnya.
Pengerusi MGC dan penasihat telah menyampaikan amanat untuk semua GC membina kumpulan GC baru. Bagi rakan-rakan yang ingin menjadi GC...janganlah bertangguh. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan