Jumaat, Februari 26, 2010

Fingertips dari United Kingdom


Assalamualaikum
Salam Maulidur Rasul
Semalam selepas balik dari mesyuarat Majlis Guru Cemerlang Daerah Kota Tinggi, saya berbaring sahaja di hadapan televisyen. Sekali sekala terlelap sebab sakit kepala. Dalam mamai tu sempat juga saya terlihat tayangan di saluran Octo dari Singapura. Memang menarik siarannya khusus buat kanak-kanak dan memberi inspirasi kepada guru-guru untuk menjalankannya di kelas prasekolah. Saya sempat juga mengingat laman web siaran tersebut. Bila ditulis salah pula. Jadi kena cari pula alamat yang betul. Jom kita tonton bersama.

Klik di sini

Kalau anda ingin tahu apa yang ada di saluran Okto mari layari laman web mereka. Mungkin ada yang boleh anda peroleh di sana. Komen saya memang program di Okto banyak yang boleh memberikan inspirasi kepada kita sebagai guru prasekolah. Siaran ini hanya boleh dilihat di Johor. Nantilah kalau berkesempatan menonton saya akan memasukkan laman web yang sesuai untuk anda layari. Hehe...saya ni bukan selalu menonton tv kerana biasanya tv yang akan menonton saya.

Tiada ulasan:

Worksheets