Khamis, Ogos 13, 2009

Kunjungan Rakan Lama

Assalamualaikum
Selasa lepas saya menerima kunjungan rakan lama semasa di Universiti Malaya. Beliau adalah bekas pegawai khas prasekolah Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru. Kini beliau bertugas di Institut Perguruan Malaysia Kampus Temenggung Ibrahim. Betul ke sebutan tu? Beliau yang saya maksudkan ialah Siti Mislia yang merupakan antara mahasiswa cemerlang sewaktu di UM dahulu. Sebenarnya ramai rakan-rakan saya di UM dahulu terdiri dari mahasiswa cemerlang. Bak kata Prof. Chiam Heng Keng... "You are the cream of the cream. Maklumlah kami ni majoritinya terdiri dari pelajar mahasistua... hehe.... mahasiswa tua kecuali Mislia, Ina (prasemarak), Norma, Noraini (Nazir Persekutuan), Habsah (IPGM Kampus Durian Daun), Zaimi, Zamri, Sazali (JPN NS) dan beberapa orang lagi waktu itu masih lagi muda.

Siti datang memantau pelajarnya yang sedang menjalani latihan praktikum di SK Laksamana. Seberang pagar je kelasnya dari kelas saya. Panjang juga kami berbual kisah lama. Sempat juga saya bertanyakan progres kurikulum prasekolah dan projek permata negara.



Sebelum pulang, kami sempat berposing di depan pentas kecil. Hehehe... macam ada majlis kenduri kahwin pula di kelas tu.

2 ulasan:

RS berkata...

kak g...pn siti mislia ni baik orgnya..saya ex student kpli ipti jb...wlaupon dia xajar saya tp dia mmg baik...

Fauziah berkata...

bagus la gitu
sepatutnya la kalau kita jd guru ni kena baik dgn semua pelajar br pelajar respek. jangan sombong x bertempat mcm setengah pensyarah.

Worksheets