Hari ini hari terakhir bulan Syaaban dan esok bermulalah Ramadan. Hari ini juga hari terakhir persekolahan dan esok kita mula bercuti selama seminggu. Walaupun bercuti tapi sebagai guru kita tetap juga kena hadir ke sekolah. 25hb Ogos pula adalah hari peperiksaan. Saya akan menduduki peperiksaan PTK di SM Teknik Kota Tinggi. Buku belum disentuh ni. Saya akan mengambil kertas ujian bagi Pendidikan Khas kerana kertas Pendidikan Awal Kanak-kanak belum wujud lagi bagi gred DG44. Sewaktu di gred DG41, saya juga menduduki kertas yang sama. Mujur pengalaman menguruskan Pendidikan Khas sewaktu di PPD dulu dan pengalaman mengajar di kelas PKBP turut membantu. Kalau tidak memanglah pening kepala dibuatnya.
Buat semua teman-teman seperjuangan, Selamat Berpuasa dan Selamat Bercuti. Maafkan segala salah silap saya sepanjang berceloteh di blog ini. Semoga Ramadan yang tiba bakal memberikan nafas baru dalam kehidupan kita. Semoga Allah menerima semua amalan kita. Insya-Allah.
1 ulasan:
Saya baru temui blog ini. Bagusnya. Banyak maklumat yang berguna. Selamat berpuasa untuk semua.
Catat Ulasan