Isnin, Ogos 03, 2009

Wajah Kelas 2009

Assalamualaikum


Bagi memenuhi permintaan Cikgu Suhana dari Kuala Krai, di sini saya ingin memaparkan beberapa keping gambar suasana di kelas. Langsir Pooh sudah disimpan. Tahun ini kelas saya tidak berlangsir kerana menurut Cikgu Aminah Nawas dari SK Tun Dr Syed Nasir yang sudi memberi komen sewaktu melawat kelas saya, langsir itu kurang sesuai kerana "menenggelamkan" bahan-bahan berinformasi yang saya pamerkan. Terima kasih buat Cikgu Aminah kerana sudi memberi komen membina.
Di ruang tetamu di pintu masuk kelas, saya hanya menempatkan 2 buah kerusi dan sebuah meja kecil. Seronok melihat hasil kerja tangan dipamer di situ. Kalau ada yang berkenan bolehlah merujuk ke laman blog seni saya. Banyak juga sudah saya hasilkan untuk dijual kepada rakan-rakan yang berminat. Harga murah je. Klik di sini


Saya menggunakan kain gorgette berbunga sebagai skirtting yang distapler terus ke meja. Harga kain itu hanya RM2.50 semeter. Jadi masalah upah menjahit sudah dapat dijimatkan. Selama ini pun kos menjahit langsir dan bahan-bahan lain di kelas adalah RM0 kerana semuanya saya jahit sendiri. Alah jahit lurus sahaja. Saya rasa cikgu-cikgu prasekolah patut diberikan kursus menjahit yang asas supaya dapat menjimatkan kos. Tabir di belakang pentas di kelas ini pun dijahit lurus sahaja. Hanya kombinasi warna mampu menceriakan suasana. Kos dikeluarkan hanya untuk membeli gerbang dan bunga-bunga serta rama-rama.

Saya jarang mempamerkan hasil kerja murid agak lama kerana biasanya kanak-kanak sangat teruja untuk membawa pulang hasil kerja mereka untuk ditunjukkan kepada ahli keluarga.
Ruang-ruang lain di dalam kelas nantilah ya. Ini pun saya ambil masa hampir 1/2 jam untuk muat naik gambar. Untuk pengetahuan anda tahun ini pertandingan kelas ditangguhkan lagi. Saya sebenarnya sudah bosan dengan situasi ini kerana sudah 2 tahun menunggu panel penilai datang. Selepas ini tak ada lagi istilah masuk bertanding kelas. Saya dah penat sampai stress teruk hingga terlantar di wad.

Tiada ulasan:

Worksheets