Rabu, Ogos 19, 2009

Sibuk Lagi

Assalamualaikum
Ahad lepas saya ke IPPJ Komtar Johor Bahru untuk mengambil assignment dan kertas jawapan peperiksaan student diploma profesional pendidikan awal kanak-kanak. Saya tiba hanya beberapa minit sebelum peperiksaan komputer mereka bermula. Mujur juga tiba awal sedikit. Kalau tidak sudah pasti saya terpaksa menunggu sehingga 2 jam untuk mengambil kertas jawapan, assignment dan mengambil tanda tangan semua student saya yang seramai 7 orang itu. Di permulaan dulu saya jangkakan student saya seramai 20 orang sebagaimana di IPGM Kampus Tun Hussin Onn Batu Pahat. Mujurlah 7 orang sahaja, jadi tidaklah banyak kertas yang perlu ditanda. Student saya merupakan pengusaha tadika yang berjaya. Semoga 1 hari nanti saya dapat melawat ke tadika mereka.

Janet (Tauke Tadika Montessori di Johor Bahru), Noraqilah (Guru Taska di Kulai), Nora (Guru Tadika Pintar Bestari, Pasir Gudang), Norhapizah ( Tauke Tadika Pintar Bestari, Pasir Gudang), Siti (Guru Taska di Kuantan), Farah (Pengusaha Kedai Buku di Kulai) dan Marissah (Tauke Tadika Pintar Bestari, Pasir Gudang)



1 ulasan:

cikgu zainun berkata...

Assalamualaikum cikgu,
Selepas ziarah mr.google, terjumpa dengan gambar ini. Sedikit pembetulan tentang fakta gambar di atas. Sebenarnya Marisah adalah adik saya. Beliau juga menjalankan tadika sendiri iaitu Tadika Riang Bestari dan guru-gurunya adalah cikgu Fizah yang juga merupakan bekas guru saya. Sementara Cikgu Nora tidak pernah berkhidmat dengan saya. Semoga dapat diperbetulkan.

Worksheets