Sabtu, Jun 27, 2009

Tugas Baru

Assalamualaikum
Malam tadi rombongan guru-guru prasekolah Kota Tinggi bertolak ke Langkawi. Hanya beberapa kerat aje guru yang pergi. Aku malah tidak diberitahu langsung begitu juga ramai kawan-kawan yang tidak terpilih tidak dimaklumkan tentang rombongan itu. Ramai juga yang menelefon aku menyatakan tidak puas hati kerana tidak dapat mengikuti rombongan PERCUMA itu. Khabarnya ada golongan bukan guru prasekolah pun dapat ikut sama. Malah ada yang bawa anak dan pasangan sekali. Apa cerita tu? Aku tak boleh nak komen apa-apa sebab orang tak ajak takkan aku nak terhegeh-hegeh macam pengemis pula bertanya itu ini. Aku siapa? Cuma aku kesian tengok kawan-kawan yang tidak dapat ikut sama yang khabarnya melawat sekolah tanda aras di Langkawi. Lebih-lebih lagi guru-guru yang bertungkus-lumus selama ini menaikkan nama Kota Tinggi. Aku memang sudah biasa diketepi sejak 2004 lagi...jadi aku dah lali. Aku bukan sesiapa di daerah ini. Bak kata tuan PPD sendiri...orang biasanya tidak nampak permata di dalam lumpur. Aku hanya dikenali oleh rakan-rakan siber sahaja. Berbalik kepada kisah rombongan Cik Kiah tu kalau ditawarkan pun aku tidak boleh pergi sebab aku tak larat nak duduk lama dalam bas. Tambahan pula aku ada cerita gembira. Daripada aku menghabiskan duit berbelanja lebih baik aku menambahkan ilmu yang jauh lebih penting. Hehehe... lumayan sih...

Apa kisah gembira itu? Minggu ini aku dapat tawaran kerja baru! Memang mendadak je. Namanya pun rezeki. Kerja ni aku dah mohon setahun lepas tapi gagal sebab masa hari temuduga aku terpaksa ke SM Sains Muar menguruskan hal anak kedua. Bagi aku pendidikan anak-anak lebih utama. Jadi biarlah terlepas peluang itu walaupun agak lumayan hasilnya. Apapun pengorbanan yang aku lakukan setahun lepas berbaloi juga akhirnya malah lebih lumayan dari apa yang aku sangka. Alhamdulillah.

Tiga hari lepas aku dapat panggilan dari Universiti Malaya bertanyakan sama ada aku sedia ke tidak untuk memikul tanggungjawab selama 20 jam untuk melatih pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak. Terkejut juga sebab sudah setahun berlalu permohonan itu malah nombor telefon pegawai terbabit pun dah hilang dari simpanan. Rabu, aku bergegas ke KOMTAR Johor Bahru untuk mendapatkan modul untuk subjek yang akan diajar. Alahai modul itu tidak pula ditemui sebab telah diambil oleh pensyarah yang lain. Aku sudah hampir putus asa sebab kelas akan bermula esok (Ahad) dan aku langsung tidak ada bahan untuk disampaikan. 20 jam bermakna 4 kali Ahad aku akan berada di IPPJ KOMTAR Johor Bahru dari pukul 9.30 pagi hingga 3.30 petang. Aku menerima tugas ini kerana aku berasakan sudah tiba masanya aku perlu ulangkaji semula ilmu yang telah aku pelajari di Universiti Malaya dahulu. Harap-harap selepas ini IPPJ dan UM akan ambil aku lagi untuk tajuk kursus yang lain yang berkaitan dengan program pendidikan awal kanak-kanak. Boleh juga aku kongsi ilmu itu kat sini walaupun ada yang komen blog aku ni membosankan, tak menarik dan macam-macam komen negatif.

Aku peduli apa kalau korang tak suka blog aku. Aku buat ni pun bukan ambil masa korang. Aku buat ini pun tak curi masa, letrik dan talian internet kerajaan. Aku buat di rumah. Jadi suka akulah nak masukkan apa sahaja kat blog ini. Yang kata blog ni bosan ke tak cantik ke atau apa-apa ajelah...lantak korang. Korang kalau tak suka boleh blah dari sini. Aku tak ajak korang masuk blog aku. Lepas penilaian kelas untuk pertandingan kelas terbaik negeri Johor kelak aku akan tutup blog ini. Aku akan ubah blog ini jadi blog baru dengan nama dan imej baru sebab blog ini adalah blog peribadi aku. Aku bebas untuk tulis apa sahaja tentang kerja dan murid-murid aku. Tiada siapa boleh larang aku. Lagipun aku bukan buat blog bincang isu politik. Aku buat blog tentang kerja yang aku suka dan murid yang aku sayang. Aku bukan nak ampu bos aku untuk dapat anugerah sebab aku tahu sejak 22 tahun dulu aku memang tak layak dapat apa-apa anugerah. Aku ni siapa? Jadi kalau korang sokong blog ini bolehlah terus membaca. Kalau tak suka... selamat angkat kaki. Jangan buang masa korang kat sini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam Kak G....saya ni suami kepada Cikgu Zila dr SK Ulu Slim....saya selalu jugak baca blog kak g, walapun saya bukan guru pra namun saya suka dgn usaha & kreativiti kak g dlm membuat abm...tapi hari ni post kak g lain sekali...kecewa & kecil hati....saya faham kak g, bila kerja yang kita lakukan tidak dihargai..bukan wang ringgit jadi ukuran hanya ucapan tahniah pun memadai kan...??? Saya harap kak g bersabar atas semua dugaan ini...setiap kejayaan memang disulami dgn kepayahan & cabaran...penilai yang sebenar bukan lah mereka tapi tuan punya alam ini....Saya akan sentiasa doakan kejayaan kak g d sini dan di akhirat kelak...kalau kita ikhlas insyaallah kita kan tenang dan bahagia dgn hidup kita...selepas ini saya akan melawat lagi blog kak g walaupun nama nya bertukar, walau cerita nya berubah tapi yang penting ditulis oleh seorang guru yang hebat seperti kak g...tahniah...

Worksheets