Rabu, Jun 03, 2009

Jelly Fish

Assalamualaikum
Sudah 3 pagi berturut-turut saya diserang sakit kepala. Bangun tidur sahaja kepala terasa sangat berat. Migrain datang dan mata pula kabur. Pukul 9.00 baru saya boleh ke sekolah bila rasa sakit reda. Dalam kepala sebernarnya banyak benda yang ingin saya buat. Aduhai bila begini mestilah stress rasanya. Nak menulis memang tak larat sebab idea bila datang sukar untuk menulis. Saya lebih suka menaip di komputer tetapi kepala pula sakit. Cobaan!.... kata P.Ramlee. Apa yang ingin saya buat masih lagi rahsia. Hehe... Tak adalah... sebenarnya saya sedang cuba menyiapkan skrip-skrip untuk cd interaktif Cerlang Minda Prasekolah. Sebenarnya ada 15 siri lagi belum dapat saya siapkan. 10 siri sudah pun saya hantar ke Dewan Bahasa dan Pustaka. Malah duit insentifnya pun dah lama habis saya belanjakan. Hahaha... Cd selanjutnya adalah anggota badan yang bakal diedarkan 2-3 bulan lagi. InsyaAllah. Anda semua kena bersabarlah menunggu kerana semua cd yang bakal diedarkan perlu secara berperingkat-peringkat. Maklumlah pihak DBP perlu membuat penilaian yang sangat teliti terutamanya dari segi bahasa dan persembahan. Kalau buat kerja cincai sahaja tentu saya juga tidak berminat. Saya sebenarnya sangat cerewet dalam hal ini. Hehe... teringat saya pertanyaan yang diajukan oleh Tuan PPD Kota Tinggi, Tuan Hj Mohd Zakaria.... sama ada saya jualan ini memberi untung yang besar. Sebenarnya saya tidak memikirkan sangat tentang keuntungan. Saya buat semua ini semata-mata kerana kepuasan yang datang bila melihat rakan-rakan guru dapat menggunakannya di kelas dan kanak-kanak juga suka untuk berinteraksi dengan bahan yang telah saya sediakan. Apa yang penting ialah saya dapat memberikan sumbangan kepada anak bangsa untuk membentuk generasi berilmu. Itu sahaja. Saya suka melihat bagaimana pendidik di barat berjuang untuk memajukan bangsa mereka. Lihatlah betapa banyak laman web yang dibuat secara percuma untuk mendidik. Kebanyakan mereka adalah bergantung kepada iklan-iklan yang diletakkan di laman web itu untuk meneruskan perkhidmatan. Saya juga sering ke laman web luarnegara dan membantu mengklik iklan yang ada sebagai tanda terima kasih atas usaha mereka.

Oklah kita terus kepada catatan saya petang ni. Saya ada terjumpa aktiviti ini yang sangat sesuai dengan tema haiwan air yang boleh dibuat di kelas. Jom kita lihat dan baca petikan di bawah ini... Saya salin bulat-bulat sebab malas nak mengalihbahasakannya. Hehehe... mudah je ayat dia untuk kita faham. Jadi guru prasekolah kena belajar menguasai Bahasa Inggeris ya kalau tak macam mana nak ajar murid bahasa tu.

Sumber: http://www.notimeforflashcards.com/search/label/Crafts
  1. Gather your materials. You will need some cupcake liners, markers, tape, tissue paper, googly eyes, and a piece of blue construction paper.
  2. Start by folding your liner in half. Oh and yes these are the liners from Costco, but don't worry they just had dried mango in them nothing gooey.
  3. Have your child color them with markers. It was interesting because my son was coloring really really carefully on these, instead of with his normal wild abandon.
  4. While they color the liners, cut the tissue paper into thin strips.
  5. Place the tissue paper on the back and tape down. We used tape because we need to glue the eyes on the front and glue on both sides is super messy especially when tissue paper bleeds. Double stick tape is great for this because the tissue will stay put immediately.
  6. Glue your jelly fish onto the paper.
  7. Now you can add the googly eyes *You can also decorate the construction paper with an under the sea theme. After Costco and a craft my son was done!

Tiada ulasan:

Worksheets