Saya suka blog ini

Jumaat, Jun 05, 2009

Lukisan Kertas Pasir Khusus Untuk Hari Bapa

Assalamualaikum
Wah Fathers' Day around the corner. Naik cuti sekolah ni kita bolehlah buat aktiviti yang menarik ini dengan kanak-kanak. Hmm... kamera saya masih kong lagi ni. Hari tu anak caj bateri dan "pop" meletup... nak caj lagi sekali rasa fobia la pulak. Apapun nantilah saya nak caj juga tapi bukan di rumah ni. Sebagai langkah keselamatan kena caj kat luar rumah. Wooo... kalau caj kat dalam rumah buatnya terbakar... haru gak jadinya. Rumah baru baru siap tapak je.

******************************************************************

Oklah korang nak tahu apa benda yang boleh korang sediakan untuk buat kraf ini? Bahan-bahannya ialah:
1. kertas pasir,
2. krayon
3. surat khabar lama ( kat kelas prasekolah kena simpan banyak barang buangan supaya
boleh kita guna semula tau...)
4. kertas pendua
5. seterika ( haa yang ni cikgu kena bawa dari rumah ya. Kat kelas memang tak ada )

Cara-caranya:
1. Minta kanak-kanak melukis gambar di atas kertas pasir dengan menggunakan krayon.
2. Pastikan untuk menggunakan warna yang lebih gelap dan disental dengan kuat untuk mendapatkan kesan yang terbaik. Selepas itu, letakkan sehelai kertas pendua dan beberapa helai kertas suratkhabar di atasnya.
3. Bahagian yang ketiga ni cikgu kena buat ok... kalau lepaskan murid buat mau ada yang terbakar tangan kang... hehehe... kalau cikgu takut ( hehe itu alasan orang malas tau )... minta tolong pembantulah ya... Letakkan kertas pendua di atas lukisan yang telah kanak-kanak lukis tadi. Panaskan seterika dan gosokkan di atas kertas yang telah dilapis dengan suratkhabar tadi. Biarkan sejuk.
4. Krayon yang telah cair akan membentuk lukisan di atas kertas pasir. Anda boleh letakkan lukisan ini ke dalam frame. Bolehlah anak murid hadiahkan kepada bapa mereka. Di sudut frame tadi bolehlah anda lekatkan kad kecil yang telah ditulis oleh kanak-kanak atau lekatkan sekuntum bunga atau reben.
5. Cantik ke? .... hasil kerja murid adalah unik tau... jangan pertikaikan usaha mereka.

Selamat mencuba.

0 ulasan: