Sabtu, Jun 27, 2009

Pergh Lega

Assalamualaikum
Malam ini aku berjaya menyiapkan 3 bab untuk kuliah yang akan aku sampaikan esok. InsyaAllah harap-harap semuanya berjalan lancar. Pelajar aku esok hanya 7 orang sahaja. Harapan aku moga aku dapat bantu mereka mencapai kejayaan 100% dalam subjek yang aku sampaikan. Subjek Parent-Teacher Partnership ni mengandungi 20 jam pengajaran di mana terdapat 10 bab yang perlu disampaikan. Aku bersyukur sangat walaupun tak dapat ke Langkawi, aku berjaya membaca 3 bab bahan dalam sehari. Malam ini juga aku telah menyiapkan slaid yang bakal ditayangkan pada hari esok mengikut topik yang ada di bawah:

TAJUK SATU: PROGRAM PEMUAFAKATAN GURU DAN IBU BAPA

Pengenalan
Ibu bapa sebagai guru pertama
Teori perkembangan awal kanak-kanak
Pentingnya hubungan kemanusiaan dalam membina insan peringkat awal
Peranan ibu bapa, guru dan masyarakat dalam pendidikan awal kanak-kanak
Faedah program pemuafakatan guru dan ibu bapa dalam sistem pendidikan
Bukti yang menunjukkan kejayaan program pemuafakatan guru dan ibu bapa dalam sistem pendidikan
Kesimpulan
Soalan

TAJUK DUA: SEJARAH SISTEM PENDIDIKAN DAN PERKEMBANGAN KEKELUARGAAN DI MALAYSIA

Pengenalan
Pendidikan formal dalam masyarakat di Malaysia
Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia
Teori yang berkaitan perkembangan awal kanak-kanak dalam sistem pendidikan moden
Perkembangan kekeluargaan di Malaysia dan serata dunia
Masalah kekeluargaan dan kaitannya dengan perkembangan kanak- kanak
Keperluan mendesak terhadap sistem pendidikan awal kanak-kanak yang berpusat di Malaysia masa kini.
Kesimpulan
Soalan

TAJUK TIGA: KELUARGA DAN MASYARAKAT

Pengenalan
Sistem kekeluargaan tradisi dan perkampungan
Sistem kekeluargaan moden dan perbandaran
Struktur keluarga
Bentuk keluarga
Hubungan kekeluargaan
Pembangunan keluarga dan cabaran masa ini
Kesimpulan
Soalan

Kiranya banyak juga dapat aku fahami dan pelajari sehari ini. InsyaAllah rasanya aku dapat sampaikan esok. Moga pelajar aku tu nanti dapat faham dengan jelas apa yang akan aku sampaikan. Kelas aku yang kedua bakal dijalankan pada 12 dan 26 Julai dan 9 Ogos. Sebelum 16 Ogos aku kena bina soalan peperiksaan pula. Apapun aku tetap gembira dengan tugas baru ini sebab ada yang sudi mendengar ilmu yang aku ada.

Kepada rakan-rakan yang mencatat di ruang sembang dan komen, terima kasih atas perhatian dan sokongan kalian. Jangan risau tentang penutupan blog ini kerana aku akan kekalkan entri yang sedia ada untuk tatapan kalian. Cuma yang bertukar adalah imej dan info ruang hadapan (front page). Pendek kata aku nak tukar bajunya aje untuk tambah galmour tapi badan tetap sama sebab tuannya masih sama. Hehehe... aku nak buat make-over sikitlah. Aku dah cuba buang jauh pasal sesiapa yang tak suka blog aku ni. Aku tetap akan berdiri biar sebesar mana batu penghalang korang letak. Cuma yang aku nak buat adalah ubah fesyen je. Tukar jenama lain la pulak.

Tiada ulasan:

Worksheets