Ahad, Jun 28, 2009

Kelas Bermula

Maklumat yang ditampal di pintu dewan kuliah.

Pemandangan dari tingkat 25 KOMTAR

Pemandangan dari tingkat 25 yang juga sempat dirakam oleh anak saya.

Sempat berposing sebelum masuk ke kelas.

Assalamualaikum
Alhamdulillah hari ini kelas saya berjalan lancar. Kelas bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 3.30 petang. Pelajar saya hanya 5 orang sahaja hari ini. Mereka terdiri dari guru-guru tadika berpengalaman malah ada yang telah mempunyai tadika sendiri. Banyak juga yang telah saya pelajari hari ini berdasarkan perbualan bersama mereka. Ada juga pelajar saya merupakan pengunjung blog ini. Nampak gembira kerana mereka dapat bersua secara terus dengan saya. Hehehe...

Hari ini kami juga telah berbincang mengenai kerja kursus yang akan dihantar sebelum peperiksaan pada 16 Ogos 2009. Kerja kursus yang bakal disiapkan adalah lebih berfokus kepada bidang kerja di mana saya telah meminta mereka untuk menyiapkan kertas kerja yang memerlukan pemuafakatan ibu bapa dan guru bagi menjayakan aktiviti. Kami bersetuju untuk membuat kerja kursus yang berbeza di antara satu sama lain supaya hasil yang akan disiapkan dapat digunakan oleh semua pelajar setelah tamat pengajian.

Di dalam penyediaan kerja kursus, semua pelajar dikehendaki menyiapkan perancangan awal, semasa aktiviti dilaksanakan dan selepas aktiviti dijalankan. Kerja kursus yang dibuat mesti dilengkapkan dengan contoh-contoh surat yang akan dihantar kepada semua pihak yang terlibat. Tentatif jadual program juga perlu disediakan untuk menggambarkan perjalanan program. Borang penilaian program juga perlu dibuat untuk menilai keberkesanan program. Kos, sasaran, masa, tempat dan objektif juga perlu disertakan. Pendek kata kerja kursus ini diharapkan dapat membantu mereka selepas tamat pengajian. Saya juga akan meminta izin kepada mereka untuk memuatkan hasil kerja mereka di sini supaya boleh kita manfaatkan bersama. Tentu anda juga teruja untuk melihat hasil kerja ini kelak.

Mereka akan merancang projek-projek berikut:
1. Lawatan
2. Hari Terbuka
3. Sukan
4. Konsert
5. Pertandingan
6. Hari Kanak-kanak
7. Aktiviti Tematik (berpandukan tema yang akan diajar)

Semoga pelajar saya beroleh A bagi subjek yang saya ajar ini. Seronok betul dapat mengenali mereka. Alhamdulillah saya dapat ilmu baru hari ini. Horey!...

Tiada ulasan:

Worksheets