Khamis, Jun 04, 2009

Human Number

Assalamualaikum
Apa khabar semua? Tentu seronok bercuti terutamanya yang balik ke kampung. Bagi saya yang kampung dekat ni... banyak masa dihabiskan di rumah sendiri je bersama anak-anak. Seronok juga bila anak-anak berkumpul. Cuma anak kedua sahaja yang terpaksa berjauhan kerana baru sahaja selesai bercuti seminggu. Dia kini berada di Universiti Malaya kerana mengikuti persediaan bahasa Jepun atas tajaan JPA. Anak sulung pula cuti sebulan dan akan mula menjalani latihan praktikal mulai 1 Julai ini di salah sebuah klinik pergigian di Johor. Harap-harap dia dapat membuat latihannya di Kota Tinggi sahaja.

Gambar semasa raya 3 tahun lalu

Bila ramai di rumah... ( hehe ramai ke 3 orang tu? ) mulalah dengar jerit pekik terutama si adik yang mudah sangat naik angin bila diusik oleh abangnya. Kalau kak ngah ada lagilah ada sahaja yang tak kena. Mujur kakak sulung lebih banyak mengalah. Adakalanya si kakak pun menangis dikerjakan dek anak lelaki sorang tu. Badannya kecil sahaja tetapi sudahpun berusia 17 tahun. Sering gak kami gelakkan dia bila ramai yang menyangka dia baru darjah 6. Hai bilalah nak matang anak bujang aku ni?

Heh... berceloteh la pulak pasal anak-anak. Hehe... benarnya walaupun cuti saya sering teringat gelagat anak murid di kelas. Mereka sungguh comel, lasak dan ada yang nakal dan sukar dikawal. Bila dah nakal memang kenalah denda... balik lewat atau kena duduk sebelah cikgu untuk siapkan kerja atau tidak dibenarkan bermain bersama rakan-rakan. Tahun ini murid saya kurang takut kalau didenda balik lewat tidak seperti tahun-tahun sudah. Kalau tahun sebelum ini... mereka yang nakal akan meraung bila ditahan agak lama. Lucu juga bila ingat Aqil murid saya 3 tahun lalu yang menjadi tidak tentu arah dan berlari-lari keliling kelas mencari jawapan kepada soalan yang saya suruh dia eja. Biasanya saya lebih suka mendenda dengan meminta murid-murid mengeja perkataan berdasarkan kad-kad gambar yang saya tampal di sekeliling kelas.

Tahun ini saya menerima 15 orang murid lelaki. Aduhai hero-hero saya ini memang sukar dikawal. Pagi-pagi bila kelas mula dibuka dan saya pula terpaksa menulis nama di buku kedatangan, dari tingkat atas pejabat akan dilihat mereka saling menendang dan membuat aksi guling sisi atau aksi gimnastik. Memang saya akan terpekik dari atas kerana bimbang kalau-kalau sesuatu yang buruk terjadi. Tahu sahajalah budak lelaki suka menendang rakan-rakannya. Cemas kalau-kalau dia tertendang ke arah kawasan sensitif. Begitu juga bila mereka buat aksi gimnastik yang boleh mengundang kecederaan di leher. Bila melihat keadaan ini saya terpaksa menggunakan rotan. Kata orang mencegah perlu dibuat lebih awal. Saya rela merotan daripada terpaksa menjawab pelbagai soalan jika mereka cedera biarpun kecederaan itu atas kesilapan mereka sendiri. Biasanya saya akan menelefon ibu bapa untuk memaklumkan apa dendaan yang telah saya kenakan kepada anak mereka. Kalau mereka mencapai kejayaan pun akan saya maklumkan. Oleh itu ibu bapa tidaklah terkejut setiap kali menerima panggilan dari saya. Ada pro dan kontra dari setiap panggilan yang saya buat.

********************************************************

OKlah dah panjang cerita saya pagi ini. Jom kita buat aktiviti ini pula di kelas untuk memanfaatkan tubuh badan kanak-kanak. Kita namakan aktiviti ini Nombor Manusia atau human number. Tentu seronok kan?

1. Buat kumpulan murid seramai 5 orang dalam 1 kumpulan.
2. Minta mereka fikirkan cara untuk membentuk nombor menggunakan tubuh badan mereka.
3. Aktiviti ini boleh dibuat secara berdiri atau berbaring di lantai.
4. Enjoy your activities yaa...

Number 1:

One[1]

Number 0:

Zero[1]

Number 5

Five[1]

Number 6:


Number 7:

Number 8:

Number 9:


Number 2:


Number 3:

Number 4:

Cikgu boleh ubahsuai dengan membina abjad juga. Seronok tau...

Tiada ulasan:

Worksheets