Saya petik entri ini dari blog Puan Maznun (pengurus projek CD interaktif saya dari Dewan Bahasa dan Pustaka)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka selesai lah jua sesi penilaian dan pengujian CD-ROM projek mega saya nie.
Sesi penilaian dihadiri oleh Cikgu Fauziah, Cikgu Mazlan, Cikgu Wan Aliza dan Cikgu Aminah dan juga tenaga pembangun CD-ROM ini. Kami mendapat banyak maklumbalas dan cadangan dari semua yang terlibat, dan insyaAllah penambahbaikan akan dilakukan secepat mungkin sebelum ianya diterbitkan.
Hari kedua, kami (saya dan team pembangun) mengadakan sesi pengujian CD-ROM ini kepada murid-murid kesayangan Cikgu Fauziah dan juga murid kelas pemulihan. Sesi berjalan lancar walaupun pening kepala jugak melayan karenah budak-budak prasekolah nie. Nampaknya, mereka sangat teruja dan sangat berminat untuk mencuba semua aktiviti yang terdapat di dalam CD tersebut. Seperkara lagi yang saya lihat, ada sesetengah dari mereka yang pada mulanya takut-takut untuk memegang mouse komputer, tetapi oleh kerana keterujaan dan keseronokan melihat kawan-kawan mereka yang lain bermain, dalam masa yang singkat mereka berjaya menguasai mouse dan turut sama bermain seperti kawan-kawan mereka yang lain.Walaubagaimanapun, kami semua masih dapat melihat beberapa kelemahan yang harus diatasi. Kami juga dapat mengenalpasti beberapa aspek yang harus diubahsuai demi kebaikan adik-adik saya ini.Saya secara peribadinya merasa sangat gembira apabila melihat adik-adik saya ni belajar dengan gembira, menyanyi bersama-sama menggunakan produk hasilan kami semua. Team pembangun juga nampak seronok dan sangat teruja melihat reaksi mereka semua. Sukar saya hendak menggambarkan perasaan ini dengan kata-kata, tetapi setulusnya saya rasa amat gembira apabila mereka boleh mengeja "mata", "kaki" , membaca , mengira, menyanyi, membuat patung kertas, membuat buku mini : semuanya menggunakan produk ini. Saya bersyukur kerana sumbangan yang tidak seberapa ini dapat membantu adik-adik saya belajar.
Aku bersyukur pada Mu, Tuhan. Terima kasih...
P/S : gambar-gambar lain saya letakkan dalam fotopages saya. Beserta entry yang lengkap. Baca kat sana ok..
Nota dari saya:
Saya juga berasa sangat gembira dengan kehadiran Puan Maznun dan kakitangannya ke kelas saya. Pengujian CD ini memang menyeronokkan walaupun saya terpaksa menghabiskan masa sehari suntuk di bilik akses komputer. Melihat kepada respon murid-murid saya dan murid-murid KIA2M saya dapat merasakan CD ini kelak akan dapat membantu serba sedikit kanak-kanak di negara ini belajar dengan seronok. Apa yang mengejutkan saya, Puan Maznun dan team pada hari itu seorang murid saya dapat mengingat lirik lagu yang saya cipta dan mendendangkannya secara spontan. Alhamdulillah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Bahasa Melayu Mendengar cerita Mendengar puisi Mendengar perbualan Mendengar perbualan Bersoaljawab mengenai puisi dan cerita Me...
-
Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah (a) Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari. (b) Membantu guru membuat inve...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan