Saya suka blog ini

Rabu, April 30, 2008

Mesyuarat Pengelolaan Kejohanan Olahraga Prasekolah 2008

Assalamualaikum
Hari ini saya telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan Olahraga Prasekolah Daerah Kota Tinggi Kali Keenam di SK Mawai. Mesyuarat penyerahan disket penyertaan murid-murid dalam kejohanan yang akan dibuat. Suasana riuh gak waktu mesyuarat kali ni maklum sudah lama tidak berjumpa. Banyak yang ingin dibualkan. Mesyuarat dibuat di makmal komputer. Sempat juga saya buat entri ini semasa mesyuarat sedang dijalankan sementara menunggu giliran. Sejak kejohanan ini diadakan lima tahun dahulu saya masih ditugaskan untuk menyediakan Buku Program...jawatan tetap dan berpencen kot?

Keputusan mesyuarat:
Tarikh : 8 Mei 2008
Tempat: Stadium Bandar Penawar Kota Tinggi
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Perasmi: Pegawai Pelajaran Daerah Kota Tinggi

Saya sempat merakam aksi-aksi candid semasa mesyuarat dijalankan. Ingat nak videokan tapi segan pula sebab suasana yang sangat meriah itu. Di rumah saya akan masukkan gambar-gambar yang telah diambil.

0 ulasan: