Rabu, April 30, 2008

Ciri-ciri Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Assalamualaikum
Malam ini saya terpanggil untuk menjawab soalan yang diajukan oleh Lyn. Sebenarnya sebelum mengajar di kelas prasekolah, saya merupakan guru pemulihan dan guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Bagi anda yang menghadapi masalah murid yang bermasalah, berikut adalah ciri-ciri kanak-kanak tersebut. Adalah dinasihatkan agar anda merujuk perkara ini kepada pihak hospital selepas mengadakan perbincangan dengan ibu bapa. Di peringkat awal anda akan dapati ada ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat kecacatan anak mereka. Syorkan mereka untuk mendapatkan nasihat doktor untuk membantu pemulihan anak-anak mereka di peringkat awal. Harap maklumat ringkas ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah yang dihadapi di kelas. Selamat Bertugas.

Kecacatan
Ciri-ciri Khusus
Autisme
  • Perlakuan yang bongkak
  • Ketawa dengan tiba-tiba
  • Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap.
  • Tidak mengenali bahaya.
  • Tidak merasai kesakitan.
  • Menangis dan marah tanpa sebab.
  • Permainan yang luar biasa.
  • Tidak mahu didakap.
  • Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.
  • Berkelakuan seperti orang pekak.
  • Tiada perhubungan mata bila bercakap.
  • Memutar barang.
  • Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.
  • Tingkahlaku aktif keterlaluan.
  • Tidak mahu terima pelajaran biasa.
  • Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri.
  • Takut dan cemburu berlebihan.

Ciri-ciri Khusus
Kecacatan
  • Mulut yang sentiasa terbuka dan tidak tertutup rapat.
  • Lidah yang tebal, kasar dan pendek, serta cenderung terjelir.
  • Mata sentiasa berair dan merah.
  • Mata sepet iaitu bahagian luarnya naik ke atas dan terdapat lipatan pada kedua-dua sisi hidung yang menutupi bahagian dalam mata.
  • Bentuk muka yang kecil.
  • Bahagian kepala leper.
  • Tangan yang lebar dan pendek serta garisan tapak tangan satu melintang.
  • Majoriti berambut lurus dan lembut.
  • Jari dan tangan lebar yang pendek dan berbonggol.
  • Berbadan gembal dan rendak.
  • Badan yang agak bongkok.
  • Suka bermanja, bermain dan gembira.
  • Dapat bergaul dengan baik.
  • IQ di antara 30 hingga 80.
  • Kecacatan dapat dikesan sebaik selepas lahir.
Sindrom Down

Kecacatan
Ciri-ciri Khusus
Cacat Akal Ringan
1. Idiot
  • Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri.

  • 2. Imbersil

  • Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.

  • 3. Moron

  • Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.
  • Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa.
  • Lambat berjalan dan lambat bercakap.

  • 4. Lembab

  • Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa.

  • Ciri-ciri Khusus
    Kecacatan
    • Kesukaran ketika makan dan selalu muntah.
    • Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya.
    • Air liur yang meleleh tanpa kawalan.
    • Sukar bernafas.
    • Sukar tidur dan terjaga waktu malam.
    • Selalu menangis.
    • Sukar bercakap dan memahami orang lain.
    • Suara terlalu lembut, mengau atau sengau.
    • Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak balas terhadap bunyi.
    • Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan.
    • Tidur yang berlebihan.
    • Kanak-kanak yang pendiam dan menyendiri.
    Cacat Akal Berat

    Kecacatan
    Ciri-ciri Khusus
    Hyperaktif
    • Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan.
    • Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.
    • Tidur yang tidak tetap.
    • Terlalu kerap menangis atau ketawa.
    • Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.
    • Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.
    • Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.
    • Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

    Ciri-ciri Khusus
    Kecacatan
    • Murung dan menyendiri.
    • Aktiviti fizikal yang pasif.
    • Tiada respond pada persekitaran.
    • Suka termenung.
    • Tidak suka bergaul atau berinteraksi.
    • Menundukkan muka bila nama dipanggil.
    • Suka bermain sendirian.
    • Suka berkhayal.
    Hypoaktif

    Kecacatan
    Ciri-ciri Khusus
    Spastik
    • Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan anggota tubuh badan.
    • Tidak mencapai objek yang ditunjukkan.
    • Tidak berupaya mengangkut badan.
    • Tidak berupaya berpijak atau berdiri.
    • Tidak berupaya memegang objek.
    • Tidak berupaya mengurus diri.

    Ciri-ciri Khusus
    Kecacatan
    • Kebolehan yang luar biasa.
    • Mempunyai masalah psiko-sosial seperti masalah kelakuan dan emosi.
    • pergaulan dengan kanak-kanak lain.
    • Perkembangan bahasa yang lambat.
    • Perbendaharaan kata yang kemas.
    • Tidak perlukan banyak tunjuk ajar ketika belajar.
    • Kemukakan soalan yang bertalu-talu.
    • Suka bergaul dengan orang yang lebih tua.
    • Suka mencari helah.
    Pintar Cerdas

    Tiada ulasan:

    Worksheets