Saya suka blog ini

Isnin, April 28, 2008

Ruang Pembelajaran

Assalamualaikum
Apa khabar anda semua? Setelah sekian lama membaca blog ini ( kalau baru di sini, sila teroka setiap entri yang saya paparkan agar anda jelas tentang perjalanan kelas saya ) adakah anda berasa teruja untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kelas anda? Setiap hari saya akan cuba meneroka perkara-perkara baru yang boleh dilaksanakan di kelas saya. Bagi anda guru-guru baru dan guru-guru lama ( hmm... jangan dok nak lelap je lepas kelas) tanamkan semangat untuk menambah tugasan yang ada. Kalau anda asyik bersantai selepas waktu murid-murid anda pulang ke rumah, jangan marah kalau pihak pentadbiran akan menyediakan jadual guru ganti buat anda. Bagi saya, kita kena cari kerja untuk dibuat selepas sesi pengajaran berakhir supaya tidaklah orang berburuk sangka. Bukan nak tunjuk rajin tetapi sekadar menambah apa yang ada di kelas. Work smart itu pegangan saya. Kerana itu saya akan memfotostat gambar-gambar yang ada untuk diperbesarkan dan di laminate. Walaupun perkhidmatan saya sebagai pendidik hanya tinggal 9 tahun sahaja lagi, saya akan melakukan yang terbaik buat murid saya. Saya berpegang pada prinsip...semasa sihat... lakukan kerja. Manalah tahu saya tidak berpeluang untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi sebelum pencen, maka bahan-bahan untuk murid-murid telah saya siapkan mulai sekarang. Maklumlah bila dah semakin berusia, kita akan semakin cepat penat. Maka saya bersedia dari sekarang.

Anda mungkin mempersoalkan kenapa saya tidak membeli sahaja bahan-bahan P&P dari kedai-kedai. Bagi saya inilah kepuasan. Saya rela mewarnakan sendiri dan membuat laminate setiap hasil kerja yang saya lakukan. Lagipun kalau dibeli, alahai harganya sangat mahal. Banyak penjimatan boleh dibuat bila kita boleh membuatnya sendiri. Betul tidak? Kerja-kerja itu pun bukan susah sangat. Hanya fotostat, warna dan laminate. Kad-kad huruf pun boleh buat sendiri. Cetak sahaja menggunakan font Century Gothic yang diboldkan. Saya kira bagi anda yang baru membuka kelas prasekolah, bila sudah banyak bahan yang anda buat, makin mudah kerja anda pada tahun yang akan datang. Jadikan kelas kita macam farmasi... bila ada pesakit... pilih sahaja ubat yang diperlukan. Senang bukan? Susahkah? Susah hanya ada bagi orang yang malas. Tidak pandai mewarna? Itu bukan alasan. Saya dahulu gagal dalam matapelajaran Pendidikan Seni semasa di sekolah menengah. Di maktab, saya sering menangis kerana gagal mendapat markah yang tinggi semasa menyiapkan kerja-kerja seni yang wajib dihantar. Namun saya tidak pernah mengalah. Saya belajar melalui peniruan. Saya gunakan Opec projektor untuk melukis. Malah saya belajar mewarna dengan anak saya yang mengikuti tuition di kelas seni lukis. Saya puas hati walaupun warna yang saya buat dianggap "bodoh". Saya banyak belajar dari kesilapan. Kini saya rasa hasil kerja saya bolehlah tahan... hehehe... perasan la pulak...

Dipendekkan cerita... petang ni saya ingin memasukkan beberapa gambar yang boleh membantu anda menghias kelas anda. Tapi awas jangan sampai kelas anda macam pasar lambak pula.... Jom kita lihat gambar ini... ini kelas prasekolah di Brunei...

3 ulasan:

na berkata...

Salam.
Sy hannan hamid pelajar unisel yg mengambil dip pend prasekolah.puan ada x apa2 artikel mengenai prasekolah?sy tanya begini sy perlukan apa2 sahaja artikel mengenai prasekolah.maksudnya saya maukan artikel dr paper atau yg lain2....stakai ini sy tidak jumpa.puan boleh emailkan kepada saya maklumat itu...Ini email sy...fhvsnaruto@yahoo.com

Fauziah berkata...

wslm... hanan ni kiranya pelajar puan zakiah mat rabee ke? kawan saya tu la ni bertugas di PPD Sabak Bernam. tentang artikel tu sori la buat masa ni sy x de simpan kecuali buku2 je yg sempat sy fotostat semasa di UM dulu.

Miftah berkata...

assalammaualaikum...
sebelum saya meneruskan email saya ini, saya ingin mengucapkan tahniah di atas daya usaha puan yang begitu tinggi dalam memartabatkan pendidikan prasekolah ini. saya nita merupakan pelajar kpli ippm prasekolah yang akan menjalani praktikum hujung bulan ini. saya tak dapat ari dari perasaan gentar dan juga ragu-ragu dengan keupayaan diri. adakah mampu dengan hanya berbekal secubit ilmu ini untuk saya berjuang dalam bidang pendidikan. harap puan dapat memberi panduan kepada saya untuk menjadi sebenar-benar guru. ucapan tahniah sekali lagi dari saya. saya harap saya boleh menjadi seperti puan walaupun hanya 1/10. doakan saya