Rabu, Mac 31, 2010

Permainan abjad dan nombor





Assalamualaikum
Sudah dua hari saya jalankan aktiviti permainan menulis abjad dan nombor. Murid-murid saya sangat suka dengan permainan ini. Semasa bermain ini saya menggunakan banyak stiker berbentuk bintang. Memang diluar jangkaan kerana ianya benar-benar berkesan. Murid-murid saya sangat bersemangat untuk mendapatkan stiker paling banyak. Aiman yang sering saya marahi juga bersemangat untuk menulis dengan cepat. Saya gembira sangat melihat perkembangan Aiman. Yang seronoknya selepas waktu Pendidikan Islam, murid-murid sudah bersedia menanti kemasukan saya ke kelas. Saat paling seronok ialah bila mereka mengira secara menurun dan diikuti dengan "sound effect ". Jom tengok gelagat murid-murid saya.

Tiada ulasan:

Worksheets