Selasa, Mac 02, 2010

Matching Alphabet






Aktiviti ini dilakukan dengan objektif supaya kanak-kanak dapat mengecam dan memadankan abjad dengan perkataan yang diberi. Mereka akan mencari keratan abjad dari akhbar untuk membentuk perkataan yang betul. Keratan akhbar ini telah saya sediakan lebih awal supaya dapat melancarkan aktiviti yang dirancang. Di peringkat awal murid-murid agak keliru dengan huruf a, g, t kerana dalam lembaran kerja saya menggunakan font Century Gothic tetapi di akhbar hurufnya terdiri dari Times New Roman. Kata orang "alah bisa tegal biasa". Apabila kerap menjalankan aktiviti ini murid-murid saya nampaknya telah dapat mengecam abjad dengan lebih cepat. Objektif lain yang boleh dicapai adalah membina koordinasi mata-tangan kanak-kanak. Malah mereka akan dapat membuat diskriminasi huruf di mana abjad b, d, p, q, u dan n dapat digunakan menjadi bentuk huruf yang baru.

Sebenarnya aktiviti ini merupakan aktiviti nostalgia. Saya pernah belajar menggunakan teknik ini sewaktu di sekolah rendah dahulu ( di SK Bukit Beringin, Melaka dan SK Kem Terendak ) di awal tahun 70-an. Aktiviti ini dibuat oleh guru English saya. Kalau dulu saya akan memotong sendiri semua perkataan dari akhbar dan menampalkan setiap perkataan di dalam buku latihan.

Murid saya seronok melakukan aktiviti ini.

Tiada ulasan:

Worksheets