Rabu, Mac 10, 2010

"B" book

Assalamualaikum
Sepanjang minggu ini teknik pengajaran saya agak berlainan dari biasa. Kalau dulu saya suka menggunakan lembaran kerja untuk menulis perkataan bagi setiap gambar. Setelah mendapat idea menggunakan beg abjad, didapati murid saya lebih mudah mengingat perkataan-perkataan yang bermula dengan abjad yang ditunjukkan. Saya sudah pun merangkakan banyak bahan-bahan yang boleh dimuatkan di dalam beg abjad. Saya bercadang untuk menyiapkan kesemua abjad yang ada pada setiap beg. Ini bermakna saya akan menyediakan 26 beg abjad untuk setiap orang murid. Setiap beg akan mengandungi buku mini sebagaimana di atas. Saya akan menyediakan seberapa banyak perkataan yang boleh murid-murid pelajari dalam bentuk buku mini.

Objektif menyediakan bahan sebagaimana di atas ialah:
1. Mengenal abjad
2. Mengenal abjad awal bagi setiap perkataan
3. Prabaca
4. Menyalin perkataan yang diberi
5. Kemahiran mewarna
6. Penglibatan ibu bapa dalam menyediakan beg (memotong pemegang beg), mencari bahan-bahan yang sesuai dengan abjad yang diberi, memberikan dorongan kepada kanak-kanak untuk mencuba idea baru melalui hiasan beg.

Antara bahan yang boleh dimuatkan di dalam beg abjad adalah:
1. Buku mini
2. Buku skrap - menampal gambar yang disenaraikan.
3. Buku mewarna
4. Latihan menulis abjad menggunakan huruf titik-titik
5. Kad abjad
6. Menjahit abjad menggunakan kad abjad yang telah dilubangkan menggunakan benang bulu kambing.

Semoga dengan adanya bahan-bahan ini dapat mempercepatkan proses pembelajaran di kalangan murid saya disamping mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak mereka dalam proses mencari bahan-bahan yang telah disenaraikan. Harapan saya memang menggunung semoga murid saya berjaya dalam jangkamasa yang cepat sambil belajar dengan rasa seronok. Saya juga sedang mengusahakan permainan yang boleh dicapai melalui penggunaan komputer. Insya-Allah sekiranya berjalan lancar, ianya akan mula digunakan di minggu pertama naik cuti persekolahan dua minggu lagi. Semoga Allah memberikan saya kekuatan dan kesabaran untuk menjadikan impian ini menjadi realiti. Amin


Tiada ulasan:

Worksheets