Rabu, Mac 31, 2010

Permainan abjad dan nombor





Assalamualaikum
Sudah dua hari saya jalankan aktiviti permainan menulis abjad dan nombor. Murid-murid saya sangat suka dengan permainan ini. Semasa bermain ini saya menggunakan banyak stiker berbentuk bintang. Memang diluar jangkaan kerana ianya benar-benar berkesan. Murid-murid saya sangat bersemangat untuk mendapatkan stiker paling banyak. Aiman yang sering saya marahi juga bersemangat untuk menulis dengan cepat. Saya gembira sangat melihat perkembangan Aiman. Yang seronoknya selepas waktu Pendidikan Islam, murid-murid sudah bersedia menanti kemasukan saya ke kelas. Saat paling seronok ialah bila mereka mengira secara menurun dan diikuti dengan "sound effect ". Jom tengok gelagat murid-murid saya.

Jumaat, Mac 26, 2010

Tukar tajuk blog

Kenapa tukar tajuk blog?
Hmm...apa jawapannya?
Kerana aku mengharapkan hari ini lebih baik dari hari semalam dan esok akan terus menjadi yang terbaik dari hari-hari sebelumnya.

Rabu, Mac 24, 2010

CD Lagu Kanak-kanak

Assalamualaikum

Sesiapa yang nak beli cd lagu kanak-kanak yang digubah oleh komposer Rosli Ahmad ( gambar )

Rosli Bin Ahmad


sila hubungi saya. Tajuk lagu :

1. BELAJAR KOMPUTER

2. BUNGA MALAYSIA

3. KEINDAHAN ALAM

4. CINTAI SUNGAI KITA

5. INANG KREATIVI

6. JASA KELUARGA

7. MENTARI

8. SEMANGAT KEJIRANAN

9. USAHA TANGGA KEJAYAAN

10. ZAPIN CINTA NEGARA

.... harga RM25 termasuk kos pos di seluruh negara. Bagi guru-guru di Brunei, kos penghantaran tambahan sebanyak RM18 akan dikenakan.


Cd ini mengandungi 10 buah lagu yang menggunakan pelbagai rentak..dari pop hinggalah ke tradisional. Melody yang mudah dan catchy pasti dapat menjadikan pnp lebih seronok dan berkesan. Lirik lagu juga amat mudah dan sesuai untuk kanak2 dari 5 hingga 8 tahun.

Selasa, Mac 23, 2010

Buat Rak Bahan Dari Kotak

Kotak menyimpan buku mini

Dari kotak minuman

Kotak cereal

Dipotong serong

Diolah menjadi rak menyimpan buku skrap.

Dicantum dengan beberapa kotak lain dan dibalut untuk menjadikan ia menarik dan kemas.

Sukan Peringkat Sekolah



Barisan pemenang pertandingan yang telah dijalankan.

Sambutan Maulidur Rasul


Tarikh :
12 Mac 2010

Tempat :
Dataran Kejat SKDUA dan jalan sekitar kawasan perumahan berhampiran SKDUA






Rabu, Mac 17, 2010

CD Bahan Bantu Mengajar

Assalamualaikum
Buat makluman rakan-rakan guru dan ibu bapa. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan bahan yang boleh membantu anak-anak murid dan anak anda sendiri bolehlah menghubungi saya di talian 019-7556032 atau email fauziah.arahim@gmail.com.

Saya sentiasa berusaha untuk mencari jalan bagaimana untuk membantu memudahkan kefahaman anak-anak untuk mengenal abjad. Antara bahan yang telah diusahakan dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari rakan-rakan adalah:
1. CD Lembaran Kerja bertema sebanyak 20 set dengan harga RM130 bagi Semenanjung dan RM140 bagi Malaysia Timur. Tema yang ada ialah Haiwan Liar, Haiwan Jinak, Haiwan Air, Serangga, Buah-buahan, Makanan, Kenderaan Darat dan Kenderaan Air, Anggota Badan, Keluarga, Pakaian, Costume, Craft, Creative Kid dan Rumah.
2. CD Rancangan Pengajaran Tahunan dan bahan-bahan LINUS berharga RM30
3. CD Bahasa Melayu Teras KSPK berharga RM30
4. CD Buku Mini dan Bahasa Inggeris RM10
5. CD pemainan interaktif mengenal abjad dan buku mini edisi kedua RM30
6. CD Jawi RM10 ( bakal diterbitkan sebulan dua lagi )

Harga di atas adalah termasuk kos pos ekspress. Ianya sangat murah jika dibandingkan harga CD di pasaran. Ia merupakan hasil usaha saya sendiri yang berpandukan kurikulum prasekolah yang ada. Ia bukan berbentuk komersial tetapi hanya sebagai usaha memberikan khidmat saya kepada pendidikan. Segala hasil kewangan yang diperolehi adalah digunakan untuk kegunaan murid saya juga di kelas dan untuk menampung usaha kajian yang sedang saya lakukan dari masa ke semasa.

Terima kasih di atas sokongan anda selama ini. Selamat mengajar.

Rabu, Mac 10, 2010

"B" book

Assalamualaikum
Sepanjang minggu ini teknik pengajaran saya agak berlainan dari biasa. Kalau dulu saya suka menggunakan lembaran kerja untuk menulis perkataan bagi setiap gambar. Setelah mendapat idea menggunakan beg abjad, didapati murid saya lebih mudah mengingat perkataan-perkataan yang bermula dengan abjad yang ditunjukkan. Saya sudah pun merangkakan banyak bahan-bahan yang boleh dimuatkan di dalam beg abjad. Saya bercadang untuk menyiapkan kesemua abjad yang ada pada setiap beg. Ini bermakna saya akan menyediakan 26 beg abjad untuk setiap orang murid. Setiap beg akan mengandungi buku mini sebagaimana di atas. Saya akan menyediakan seberapa banyak perkataan yang boleh murid-murid pelajari dalam bentuk buku mini.

Objektif menyediakan bahan sebagaimana di atas ialah:
1. Mengenal abjad
2. Mengenal abjad awal bagi setiap perkataan
3. Prabaca
4. Menyalin perkataan yang diberi
5. Kemahiran mewarna
6. Penglibatan ibu bapa dalam menyediakan beg (memotong pemegang beg), mencari bahan-bahan yang sesuai dengan abjad yang diberi, memberikan dorongan kepada kanak-kanak untuk mencuba idea baru melalui hiasan beg.

Antara bahan yang boleh dimuatkan di dalam beg abjad adalah:
1. Buku mini
2. Buku skrap - menampal gambar yang disenaraikan.
3. Buku mewarna
4. Latihan menulis abjad menggunakan huruf titik-titik
5. Kad abjad
6. Menjahit abjad menggunakan kad abjad yang telah dilubangkan menggunakan benang bulu kambing.

Semoga dengan adanya bahan-bahan ini dapat mempercepatkan proses pembelajaran di kalangan murid saya disamping mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak mereka dalam proses mencari bahan-bahan yang telah disenaraikan. Harapan saya memang menggunung semoga murid saya berjaya dalam jangkamasa yang cepat sambil belajar dengan rasa seronok. Saya juga sedang mengusahakan permainan yang boleh dicapai melalui penggunaan komputer. Insya-Allah sekiranya berjalan lancar, ianya akan mula digunakan di minggu pertama naik cuti persekolahan dua minggu lagi. Semoga Allah memberikan saya kekuatan dan kesabaran untuk menjadikan impian ini menjadi realiti. Amin


Jumaat, Mac 05, 2010

Kitchenware 2

drum sieve
egg beater
egg piercer
egg slicer
egg timer
faucet
filler knife
fork
frying pan
garlic press
grater
grill
herb chopper
idli pan
kitchen scissors
knife
ladle
lemon reamer
lemon squeezer
lemon zester
lobster pick
mandoline
measuring cup
measuring spoon
meat knife
meat tenderizer
meat thermometer
melon baller
mezzaluna
pastry blender
sharpening stone

Worksheets