Dah beberapa hari tidak mencatat sesuatu di sini. Sibuk sesibuknya... Alhamdulillah hari ini lega rasanya bila tugas utama yang diamanahkan dapat disiapkan:
1. Rancangan Tahunan2. Rancangan Harian
Tugasan lain masih ada belum dapat disiapkan sepenuhnya. InsyaAllah dalam masa 2 hari ini akan cuba disiapkan juga. Petang tadi saya menghantar set lembaran kerja ke kedai untuk difotostat.
1. Lembaran kerja Bahasa Inggeris a-z2. Lembaran kerja Matematik 1-10 dalam bentuk buku mini.
Baru malam ni teringat yang kertas tersebut belum diambil di kedai. Ada 25 set untuk setiap bahan. Lepas Isyak baru nak keluar mengambilnya dan balik dari kedai nanti nak menggunting kertas matematik dan distaple. Sengaja disiapkan awal supaya mudah untuk mengendalikan kelas kelak.
Dalam fikiran banyak benda nak dibuat. Satu persatu idea berlegar minta dimuntahkan keluar. Seronok rasanya membuat kerja-kerja begini dibandingkan dengan tugas pengkeranian. Sejak kebelakangan ini tugas-tugas pengkeranian banyak saya serahkan kepada PPM sahaja. Begitu juga dengan tugas kewangan. Biarlah PPM sahaja yang uruskan. Tak suka langsung buat kerja-kerja begitu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan