Isnin, Januari 25, 2010

Catatan Minggu Kedua

Haiqal suka membuat kerja di bawah meja ruang tamu.

Aiman kepenatan

Bila sesi bermain...segar pula matanya.

Murid perempuan mudah bergaul sesama mereka.

Tempat kesukaan Haiqal...main pun tak mahu

Minggu kedua masih lagi menjadi minggu penyesuaian diri. Azuwa, Haiqal Azley, Aiman dan Haikal sering menangis hendak balik ke rumah...Azuwa pula kerap bertanya waktu kepada saya dan pembantu. Haiqal Azley pula masih tidak mahu bergaul dengan rakan sebaya. Dia lebih suka mengasingkan diri di ruang tamu kelas. Begitu juga dengan Aiman yang apabila diajukan soalan seolah-olah orang yang kebingungan. Dia tidak tahu menulis namanya sendiri...satu abjad pun tidak dikenalinya tapi kalau bercakap seolah-olah tahu semua. Adakalanya saya dan pembantu senyum sendiri melihat gelagat Aiman. Dia akan berlari keluar kelas seolah-olah mengejar sesuatu. Cuak juga dibuatnya. Kalau di minggu pertama, pintu kelas terpaksa ditutup untuk mengelakkan kanak-kanak lari pulang ke rumah.

Murid-murid saya masih malu-malu apabila diajak menyanyi...nampak gaya cikgu yang syok sendiri. Mereka seolah-olah "blur" dengan lagu-lagu yang saya ajar. Mungkin tidak pernah belajar sebelum ini padahal murid 5 tahun hanya 3 orang sahaja di kelas saya. 21 orang pula adalah murid berumur 6 tahun.

Tiada ulasan:

Worksheets