Saya suka blog ini

Khamis, Januari 07, 2010

Penat

Hari ini hari pertama Haikal masuk ke prasekolah sebab baru semalam mendaftarkan diri. Dia pelat. Pernah ke Tadika KEMAS tapi peliknya pegang pensel macam orang tak pernah sekolah. Puas saya memujuknya dengan memberikan kerja yang mudah untuk diselesaikan. Langsung tidak hendak dibuatnya. Makin dipujuk makin liat. Jadi saya biarkan sahaja dia. Saya terus leka melayan kanak-kanak lain. Rupa-rupanya dia pula terus baring dan terlelap di ruang tamu... Bila saya sedar, dilihat dia sudah tak sedarkan diri...hehe tidur mati rupanya budak ni.

0 ulasan: