Jumaat, Januari 08, 2010

Lawatan Tetamu Istimewa

Assalamualaikum
Hari ini saya terkejut melihat komen di dalam entri yang saya muatkan di blog. Tahu tak siapa yang sudi membaca blog saya... seorang yang hebat... seorang yang dikenali ramai pendidik... memang tidak disangka ada juga orang hebat yang sudi membaca setiap tulisan saya di sini. Selama ini saya hanya membaca buku-buku tulisan beliau kerana ianya menjadi buku rujukan wajib sewaktu di maktab perguruan kira-kira 25 tahun yang lalu.

Saya berasa sangat terharu. Bukan mudah untuk seorang hebat datang menjejak blog kelas saya yang tidak seberapa ini... blog yang hampir saya padamkan kerana kritikan pedas yang pernah saya terima... Ya Allah saya benar-benar terharu. Saya benar-benar berasa ianya satu penghormatan yang sangat besar dalam sejarah perkhidmatan saya. Kenalkah anda
siapa insan di dalam foto di bawah ini?


[R0015172.JPG]

Semoga Prof Emeritus Abdullah Hassan akan terus menyokong blog saya yang tidak seberapa ini. Terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi diucapkan. Hari ini benar-benar membuatkan saya berasa sangat gembira. Maaf kerana tiada "red carpet" untuk menyambut kedatangan tuan. Semoga dengan semangat tuan yang tinggi di bidang pendidikan ini akan turut membakar semangat saya untuk terus berbakti. Semoga idea yang ada di minda saya selama ini akan terus kembang mekar dan dapat diterima ramai.

Langkah pertama saya memasuki pintu penulisan di bawah naungan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagaimana tuan pernah lakukan dahulu telah setapak saya tembusi dengan kelahiran cd interaktif Cerlang Minda Prasekolah : Diri Saya yang selamat dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009. Alhamdulillah ianya mendapat sambutan yang sangat diluar jangkaan. Doakan saya semoga akan terus dapat berkarya demi pendidikan anak bangsa.

2 ulasan:

Tea Cha Hai berkata...

Salam Kak.
Tahniah Kak. Akhirnya nampak dah hikmah disebalik semua yg pernah terjadi... Semoga saya sekuat dan setabah akak.....

Terima Kasih atas perkongsian ini.

Fauziah berkata...

salam. thanks...
mmg x sangka prof pn suka kt blog ini...nak print page ini sbg sumber inspirasi

Worksheets