Puas juga memujuk cik abang ni membuat kerja. Aiman tidak mahu bergaul dengan murid lain. Dia lebih suka membuat kerja di kerusi tamu. Sekejap-sekejap dia akan berlari keluar kelas. Alahai Aiman...
Syakeera pun tekun menyiapkan lembaran kerja yang diberi. Dia dah pun kenal abjad.
Haikal banyak cerita, Shamim pun sama. Fahim pula amat pendiam...susah nak dengar dia bersuara. Maklum anak ustazah...tertib dan lemah lembut orangnya.
Afiq sudah mahu membuat kerja yang diberikan. Tahun lepas satu apa pun tidak mahu dibuatnya. Sering buat cikgu naik angin.
4 ulasan:
Arif tu memang betul2 cucu cikgu ke?
cucu kakak sepupu...kira cucu gak la
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Cikpuan Fauziah, semoga sihat walafiat.
Saya suka membaca blog ini bagi melihat perkembangan prasekolah.
Izinkan saya meminjam gambar dalam blog ini. Saya akan menyatakan sumber asal gambar ini apabila saya gunakan.
Teruskan catatan Cikpuan. Semuanya berguna.
Wassalam.
Prof. Emeritus Abdullah Hassan (UPSI)
Waalaikumsalam w.k.t
Terima kasih prof kerana sudi mengikut perkembangan blog kelas saya. Saya sangat berbesar hati kerana prof sudi meluangkan masa membaca catatan saya yang tidak seberapa. Tidak sangka orang sehebat prof sudi ke sini. Ianya satu penghormatan besar buat saya. Semoga Allah memberikan saya kekuatan dan kesabaran untuk terus berusaha menyampaikan apa yang termampu untuk kebaikan bersama.
Terima kasih.
Catat Ulasan